Wednesday, November 30, 2011

Welcome to my new blog

Assalamualaikum to my dearest readers.
Alhamdulillah diutus khas buat Yang Maha Penyayang kerana memberi daya diri ini untuk menulis kali ini.
Sudah lama blog menyepi kerana sebab-sebab tertentu.
Penulis pohon beribu maaf atas kesepian yang sangat panjang.
InsyaAllah, kali ini penulis cuba akan gigihkan diri untuk tetap menulis hanya untuk satu tujuan.
Kerana Allah, yakni menyampaikan Islam buat semua.
Apa sahaja ilmu yang terbuku di dada, cuba penulis kongsikan sebaik mungkin.
Sedikit atau banyak ilmu itu, tanggungjawab menyampaikan tetap ada pada setiap insan bergelar muslim.
Seperti dalam hadis ini :
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi
s.a.w. bersaba:
"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .(Riwayat Bukhari)

Berbalik kepada blog baru penulis ini, sedikit pembaharuan ingin penulis selitkan.
Mungkin sebelum ini, post-post penulis agak 'skema' dari segi penyampaian.
Penulis dapat rasakan ada jurang antara penulis dan pembaca.
Penulis sangat berharap dengan kehadiran blog baru ini, penulis akan cuba untuk menyampaikan dengan lebih santai.
Bersempena dengan tajuk "Sharing of Happiness", penulis ingin lebih lagi berkongsi pengalaman dan kisah hidup penulis sendiri. 
Dan moga dengan itu, banyak pengajaran yang boleh kita sama-sama ambil.

Sekian untuk post kali ini.
Pohon doa sahabat kalian agar diri yang kerdil ini diberi kekuatan untuk terus menyampaikan dan membaiki diri dari hari ke hari.=)