Sunday, February 5, 2012

Jom muhasabah kejap #2

Assalamualaikum wbt sahabat yang disayangi kerana Allah SWT.

Alhamdulillah syukur masih bernyawa hingga ke saat ini.
Hingga ke hari ini, tanggal 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah.
Eh, macam familiar kan tarikh tu?
Itu lah tarikh kelahiran junjungan mulia seluruh umat Islam yakni Nabi Muhammad SAW.


Betapa tarikh bersejarah ini amat bermakna buat kita semua.
Selain menghayati dan mengingati perjuangan baginda Rasulullah SAW, sempena menyambut maulidul rasul kita disarankan perbanyakkan selawat ke atas baginda dan mengamalkan sunnah baginda.

Tapi persoalan yang sering dilupakan ialah adakah hanya pada tarikh itu sahaja?
Bagaimana hari-hari kita yang lain?
Takkan kita hanya mengingati Rasulullah SAW hanya pada hari kelahiran baginda?
Sedangkan baginda menghabiskan seluruh saat hidup baginda untuk kita semua?

Cinta dan kasih baginda kepada kita tiada tolok bandingannya.
Salahkah andai kita juga menzahirkan rasa cinta kepada baginda yang telah banyak berkorban dalam menyampaikan Islam.

Ayuh sahabat sayang,
Hargailah kasih sayang baginda,
Andai belum ada rasa sayang itu, selami pengorbanan baginda buat kita.
Bagaimana kasihnya seorang nabi kepada umatnya apabila di saat kesakitan menghadapi sakaratul maut pun Rasulullah SAW masih lagi mengingati kita dan risau akan kita.

Menjadi kewajipan untuk kita mengingati baginda setiap saat kita.
Yakni dengan menerapkan setiap aspek kehidupan kita dengan sunnah Rasulullah SAW.

Bukankah kita tahu bahawa insan teragung bernama Nabi Muhammad SAW merupakan ikon terhebat dan terbaik dari setiap sudut kehidupan ini.
Sebagai seorang pemimpin.
Seorang suami.
Seorang bapa.
Seorang murabbi.
Seorang sahabat.
Dan banyak lagi.

Begitu indahnya kehidupan seorang Muslim itu, selain mematuhi peraturan Allah SWT, sunnah Rasulullah SAW juga menjadi amalan harian.
Subhanallah.

Itu yang harus kita ingat selalu.
Jadilah umat baginda Rasulullah SAW setiap saat.
Ayuh menyambut Maulidul Rasul setiap hari!
Salam maulidul rasul.


Saturday, February 4, 2012

Surat Buat Insan Teragung

Titipan khas buatmu wahai kekasih Allah.


Terima kasih wahai Rasulullah,
Walau luka dan darah kau hadapi,
Namun teguh menyampaikan Islam ke seluruh alam ini,
Hingga Islam menjadi pegangan kami kini.

Terima kasih wahai Rasulullah,
Sanggup korbankan seluruh hidup demi agama suci,
Walau caci maki sering menemani diri,
Iman tetap kental patuhi suruhan Illahi.

Terima kasih wahai kekasih Allah,
Beri contoh peribadi mulia,
Menjadi panduan kami semua,
Dalam meniti hidup didunia.

Wahai insan mulia,
Kasih sayangmu kepada kami,
Begitu bernilai tak dapat diganti,
Hingga ke akhir hayatmu kami kau ingati,
Itulah cinta tulus sejati.

Demi harga sebuah cinta,
Sedaya upaya kami usaha,
Agar menjadi umat yang setia,
Mengingatimu selalu setiap masa.

Daripada,
Umatmu yang merinduimu.

Ya Allah, izinkan lah kami menemui kekasihMu di akhirat nanti.
Izinkan kami menyintainya ya Rabbi,
Izinkan kami bersamanya di syurgaMu,
Walau diri yang hina dina ini tidak layak,
Namun kami punya cita-cita itu ya Allah,
Perkenankan lah ya Allah.
AMIN.

Semoga kita sentiasa mengingati baginda Rasulullah SAW bukan sahaja pada selawat dibibir tapi menghiasi hidup seharian dengan sunnahnya.=)