Friday, February 25, 2011

Ukhuwah kah itu?


Alhamdulillah.Masih diberi nikmat oleh Allah.Segala jenis nikmat.Pernah sekali akak usrah penulis memberitahu kepada penulis bahawa nikmat Allah amat luas.Dan nikmat Allah didunia ini jumlahnya boleh diibaratkan 1/10 sahaja.Kemana pergi nya nikmat yang 9 lagi?Syurga lah jawapannya.
Subhanallah.Tak dapat nak digambarkan betapa indahnya syurga itu.Sebab itulah kita tidak boleh lalai dengan dunia,ingat lah kehidupan akhirat.Jadikan keindahan syurga sebagai target kita untuk sentiasa mengingati akhirat.
Kenapa penulis begitu berminat untuk berkata tentang nikmat?Bukanlah tajuk utamanya nikmat tetapi hanya untuk mengaitkan dengan ukhuwah.Ukhuwah itu juga nikmat.Jalinan yang terbina atas dasar kerana Allah.Itulah ukhuwah fillah,yang sering kita dengar.
Namun ramai yang menyalah tafsirkan makna ukhuwah.
Adakah pergaulan mesra antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu boleh dipanggil ukhuwah?
“Kami tak buat apa-apa.Kami tak bersentuh pun cuma berbual-bual,bergurau-gurau.Itu je”.
“Biasa lah tu.Makan sama-sama.Spent masa sama-sama,baru boleh rapatkan ‘ukhuwah’ “.
Itulah sedikit sebanyak pandangan pemuda pemudi masa kini.
Tidakkah kita semua tahu,bahawa semua itu adalah pergaulan bebas.
Ya,memang pada mulanya hanya berkawan.Tak bersentuhan pun.Tapi ingatlah,musuh kita yang sentiasa mencari peluang untuk melalaikan kita.Seterusnya membawa kita ke lembah dosa.
Dari bergelak ketawa sesame lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bakal membawa kepada pergaulan yang lebih jauh melalaikan seperti ber’sms’ perkara yang tidak penting,keluar bersama dan berbagai lagi.
Adalah lebih baik jika merapatkan hubungan persahabatan kita sesama akhowat,yakni sesama kawan perempuan.Itu lebih baik dan lebih selamat.Perlu sangatkah kita hendak berkawan dengan lelaki?
Ya,memang tidak dinafikan,fitrah perempuan pada lelaki.Dan sebaliknya.
Tetapi apa hak kita untuk mengutamakan fitrah itu hingga melanggar hukum Allah?
Janganlah sampai fitrah menjadi fitnah.Nauzubillah.
Sebenarnya,penulis ingin mengaitkan isu yang dibincangkan di atas ini dengan topik ikhtilat.
Perkara ini amatlah berguna kepada kita semua dalam melalui hari-hari kita,walau di mana sahaja.
Penulis mengambil petikan ini daripada http://jiluna.wordpress.com/pergaulan-remaja/.
Moga mengambil iktibar dan bersama muhasabah diri.^^
Pergaulan Remaja
Tips SyariƩ Dalam Pergaulan


Asal hukum pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan (ikhtilat) adalah HARAM, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Profesor Dr. Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya ‘al-mufassal fi al-ahkam al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:-
Pertama: Harus Kerana Terpaksa (Dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Shafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan-keadaan dhorurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua: Harus Kerana Keperluan (Hajat).
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
1- Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.
 2- Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
3-Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
4-Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar.
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a.) telah melantik al Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
 5-Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (s.a.w.).
 6-Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syari’e. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
7-Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.
8-Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
9-Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
 10-Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
Pergaulan Yang Barakah
 Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.
 1-Ucapan yang makruf dan sopan.
Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
 2-Menundukkan pandangan
Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
 3-Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada ummi Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.- Ibnu Syiahab az-Zuhri.
 4-Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.
 5-Menghindari tempat shubhat.
Sabda Rasulullah (s.a.w.): Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu….(Riwayat Bukhari)
  
Adab khas untuk wanita
6-Iltizam dengan pakaian Islam.
Firman Allah: Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.
 7-Serius dalam ucapan.
Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
 8-Menjaga pergerakan.
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.
~Oleh itu,jangan lah kita mengambil remeh tentang pergaulan antara akhowat dan ikhwah.
Sama-sama lah kita menjaga diri daripada terjerumus dalam perkara-perkara yang melalaikan.~

Monday, February 14, 2011

Rasulullah,ya Muhammad.




Rasulullah,
ya Muhammad,
Kau insan mulia,
pilihan Allah sampaikan agama,
pegang amanah penuh setia,
tanpa mangira waktu dan masa.

Dirimu punya akhlak terpuji,
tiada tandingan budi pekerti,
sungguh indah lagi murni,
itulah Muhammad teladan sejati.

Rasulullah,
ya Muhammad,
Pahit getir itulah jalanmu,
berjuang menegakkan kalam Allah Yang Satu,
peluh dan darah menjadi saksi pengorbanan nan suci,
bersama para sahabat yang setia disisi,
sungguh agung dirimu,wahai Rasul Allah,
seluruh hidupmu diserikan kepayahan dakwah.

Akhir hidupmu amat menyentuh hati,
seluruh alam begitu menangisi pemergianmu yang tiada ganti,
kami umatmu amat merindui,
tiap kali teringatkan kalam terakhirmu,”ummati,ummati,ummati”,
sungguh kau begitu risaukan kami,
sedang kami tidak sedar akan kasih dan sayangmu,wahai insan suci,
moga detik ini memberi lembaran baru untuk menjadi umatmu yang sejati,
Harapan di hati untuk berjumpa di akhirat nanti.
InsyaAllah.

Monday, February 7, 2011

Ayuh sahabatku sayang...


Sahabat.
Amat berharga bagi diri penulis.
Kurniaan istimewa dari Illahi.
Selain daripada keluarga,sahabat antara pengaruh besar dalam hidup penulis.
Kasih dan sayangnya penulis pada sahabat-sahabat tak dapat nak gambarkan.
Bagi penulis,sahabat itu bukan bermakna orang luar,yakni yang tiada perhubungan keluarga.
Sesiapa saja boleh dikira sahabat.

Pastinya di uia penulis mempunyai ramai sahabat.
Nur Asilah,Nabilah Huda,Nur Adila,Nur Hanani,Noor Naema dan ramai lagi lah.
Maaf kepada sahabat yang lain kerana tak dapat nak sebutkan semua nama.
Mereka lah sahabat yang dipertemukan Allah di bumi uia.
Pasti sunyi hidup penulis di uia andai tiada mereka ini.




Selain sahabat di uia,penulis mempunyai tiga orang sahabat lagi.
Mereka jugalah sepupu penulis.
Nurul Ashikin,Nur Faeqgah dan Nurul Aliya.
Kami membesar bersama.
Ikatan kami tak ubah seperti adik-beradik.
Setiap kenangan tika di usia kecil kami rakamkan bersama.
Hingga lah kini,walau masing-masing membawa diri ke merata tempat,
namun kasih sayang kami tetap utuh.
Itulah nikmat ukhuwah yang Allah kurniakan buat kami berempat.



Dan seorang lagi sahabat penulis.
Adik penulis sendiri.
Nur Farihah Azwa.
Walaupun dia adalah adik kepada penulis,tapi penulis juga mengganggapnya sebagai sahabat.
Kerana kami sering bersama.
Berkongsi cerita bersama.
Dan semasa kanak-kanak,dia lah teman bergaduh dan bermain.
Begitu indah memori tika bersamanya hingga kini.
Penulis agak rapat dengannya daripada adik-adik yang lain mungkin kerana kami sebilik.
Banyak masa diluangkan bersama.




 
Kepada sahabat yang disayangi,
maafkan diri ini kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik.
harapan dihati,ingin mengajak kalian semua kearah kebaikan.
Bukan sahaja itu,sebagai seorang sahabat yang baik juga,akan sedaya upaya
menegur kesilapan sahabatnya.
Memberi nasihat.
Tapi diri ini begitu lemah.
Walau semangat dakwah membara.
Namun diri belum cukup kuat.
Penulis teringin benar hendak sahabat-sahabat kalian turut sama di jalan juang ini.
Mengharungi jalan juang sebagai hamba Allah.
Dan khalifah.
Kerana dua itu merupakan peranan terbesar kita.

Sahabatku sayang,
Bukalah matamu,
bukalah mindamu,
dan bukalah hatimu.
Untuk menyahut seruan juang ini.
Hidup kita bukan hanya untuk mengejar kejayaan dunia.
Tapi ingatlah kita masih ada akhirat.
Itu yang pasti.
Kehidupan yang kekal hanya di akhirat.

Sebab itu kita tak boleh melengahkan masa.
Kita tak boleh menghabiskan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah.
Lebih-lebih lagi kita yang masih muda.
Penuhilah tiap detik masa dengan suruhan Allah.
Dan jauhilah laranganNya.
Tidak payah hidup ini andai kita tahu tujuan hidup kita.

petikan lirik lagu Bingkai Kehidupan:
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Begitu bermakna tiap baris lirik itu.
Membara semangat juang ini.
Untuk apa?Untuk mengagungkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Sahabatku sayang,
Diri yang hina ini begitu banyak kekurangan.
Setiap insan punya kekurangan masing-masing.
Dan kerana itulah ukhuwah terjalin.
Untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Saling tegur-menegur sesama kita.
Nasihat-menasihati.
Indah benar ukhuwah jika disulami dengan amalan seperti itu.
Oleh itu ayuh kita wujudkan amalan nasihat-menasihati.
Tegur-menegur.
Dan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan.

Ayuhlah sahabatku sayang,
Sedarlah peranan dan tujuan kita hidup,
Janganlah leka dengan dunia,
Dunia itu sementara dan akhirat itu kekal.

Ayuhlah sahabatku sayang,
Turun berjuang,
Menegakkan kalimah Allah,
Pertahankan sunnah Rasulullah,
Tidak rugi atas kepayahan dan kesusahan yang bakal diterima,
Kerana jalan juang yang pahit bakal dihadiahkan dengan syurga yang manis,
Ingat janji Allah itu pasti,
InsyaAllah pengorbanan kita akan terbalas.

Ayuhlah sahabatku sayang,
Bersamalah kita di jalan juang ini,
Kerna diri ini tak kuat sendirian,
Mudah rebah ditiup angin kepayahan,
Mudah terjatuh dihempap kesusahan,
Selain memohon kekuatan dari Illahi,
Ku pinta jua sokongan sahabat handai.
Ayuh kalian,sama-sama kita mencari redha Allah.
Agar kita mampu berpimpin tangan melangkah ke syurga Allah kelak.
Amin.

Thursday, February 3, 2011

Bermula di UIA.


Tahu tak,penulis sangat sayangkan UIA.
Yakni tempat penulis menuntut sekarang.
Banyak sebab kenapa UIA sangat istimewa dimata penulis.

Dari dulu,penulis memang bercita-cita nak ke UIA.
Mungkin sebab nama UIA sendiri,ada perkataan ‘Islam’.
Dulu penulis teringin nak bersekolah aliran agama.
Kerana amat merindui suasana Islamiah yang sebenar.
Tapi tak kesampaian.
Tiada rezeki.
Tapi lihatlah sekarang.
Alhamdulillah.
Allah berikan rezeki yang lebih hebat.
Kini penulis bukan sahaja dapat menjejakkan kaki,malah akan menjadi penghuni di UIA buat beberapa tahun.
Akhirnya penulis dapat merasai suasana Islamiah.
Mungkin ada yang berpendapat,di UIA sendiri ada juga terdapat ‘debu-debu kotor’.
Tak dapat dinafikan,dimana-mana sahaja perkara-perkara yang tak diingini boleh terjadi.
Itu semua lumrah dalam menempuh kehidupan yang kini bercorak ‘jahiliah moden’.
Bagi penulis,bumi UIA itu tetap barakah.
Kerana walau kelihatan cacat dengan ‘debu-debu kotor’ tapi masih terdapat kecantikannya
dengan keindahan budaya Islam yang diamalkan.
Solat berjemaah.
Qiamulail.
Iftar.
Usrah.
Dan banyak lagi.Sehingga penulis tak dapat nak nyatakan.
Sebab itulah penulis amat menghargai tiap masa tika berada di UIA.




Di bumi UIA juga,penulis mengenali banyak perkara baru.
Baru bagi penulis.
Dakwah.Jihad.Perjuangan.
Entah bagaimana,penulis mula jatuh cinta dengan usrah.
Melalui usrah,penulis mempunyai semangat yang membara untuk turut serta di jalan juang.
Jalan juang yang mengenalkan penulis tentang tanggungjawab dakwah dan jihad.
Alhamdulillah,nikmat Allah lagi.
Kadang-kadang ada terasa diri tidak layak untuk turut serta di jalan juang yang mulia ini.
Kerana dosa-dosa lampau.
Tapi penulis sedar,keampunan Allah itu jauh lebih luas dari segalanya.
Penulis kuatkan juga semangat untuk melawan perasaan itu.
Dan mula menjinak-jinakkan diri dengan program-program tarbiyyah.
Yang boleh membimbing diri ini kearah jalan juang yang sebenar.
Bukan mudah untuk berjuang.
Perlu ada persiapan yang rapi.
Ilmu.Sokongan.Keyakinan.
Dan selebihnya kita mohon pada Allah,moga dipermudahkan urusan dan ditetapkan hati ini.



Penulis juga dapat merasai kemanisan ukhuwah tika berada di UIA.
Jalinan indah ini merupakan kurniaan Allah yang bernilai bagi penulis.
Penulis amat menyayangi ikatan yang terjalin ini.
Begitu terasa kasih sayang antara kami walau baru beberapa tahun berkenalan.
Seakan adik-beradik.
Moga ikatan ini membawa kami sama-sama di jalan juang.
Berpimpin tangan memikul amanah Allah.
Agar terbina lah suatu ikatan suci hanya kerana Allah.

Akhir kata.
Penulis berharap agar UIA bukan sahaja memberikan kenangan terindah dan pengalaman baru.
Tetapi menjadi titik bermulanya perjuangan penulis
Sebagai hamba Allah .
Khalifah yang sedaya upaya melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.
Bukan saja pada diri sendiri.
Juga untuk saudara-saudara seIslam di luar sana.
InsyaAllah.

Wednesday, February 2, 2011

Kembali padaNya.




Assalamualaikum WBT.
Terlintas tajuk di atas tika penulis berada didalam kereta,dalam perjalanan ke kuala terengganu.
Mungkin kerana banyak mendengar lagu nasyid berunsurkan keinsafan.
Entah kenapa,hati ini mudah sebak tiap kali mendengar perkataan seperti 'taubat' dan 'insaf'.
Mungkin kerana kisah masa lampau.
Masa lampau yang amat gelap.
Hinggakan tak sanggup untuk mengingatnya kembali.
Namun syukur ke hadrat Illahi,dengan itu diri ini kembali padaNya.
Menginsafi segala dosa-dosa lalu.
Dan kini memohon keampunan Yang Maha Esa.
Menagih kasihNya.
Mengharapkan rahmatNya.
Hingga kini,tak dapat nak gambarkan betapa hati ini bersyukur.
Syukur teramat sangat.
Dengan sekembalinya diri ke jalan yang benar.
Allah telah kurniakan cahaya tika diri kegelapan.
Allah masih menyayangi hambaNya walau dosa ibarat pasir di pantai.
Begitu banyak dosa.
Tapi sedarilah keampunan Allah amat luas.
Tersedar dari kesalahan dan bertaubat merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan.
Kerana berapa ramai di luar sana yng masih tidak sedar dengan kesalahan dan kesilapan diri.
Dan masih lagi tercari-cari jalan kebenaran.
Moga taubat yang terlaksana adalah taubat nasuha.
Benar-benar menginsafi diri yang hina ini.
Meratap dan menghina diri di hadapan Illahi.
Memohon keampunanNya.

Sahabat yang disayangi,
Sama-samalah kita muhasabah diri.
Sempurnakah segala amalan kita selama ini?
Bagaimana pula dosa-dosa yang kita lakukan setiap hari?
Tidakkah kita terfikir kehidupan akhirat?yakni kehidupan yang kekal abadi.
Mengapa terlalu mengejar dunia?
Kerjaya yang hebat.
Duit yang banyak.
Jawatan/pangkat yang tinggi.
Dan pelbagai lagi yang berunsurkan keduniaan.

Apa yang harus dilakukan?
Hanya satu.
Kembali padaNya.

"Wahai tuhan,ku tak layak ke syurgaMu.
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.
Ampunkan dosaku,terimalah taubatku.
Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar"