Sunday, February 5, 2012

Jom muhasabah kejap #2

Assalamualaikum wbt sahabat yang disayangi kerana Allah SWT.

Alhamdulillah syukur masih bernyawa hingga ke saat ini.
Hingga ke hari ini, tanggal 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah.
Eh, macam familiar kan tarikh tu?
Itu lah tarikh kelahiran junjungan mulia seluruh umat Islam yakni Nabi Muhammad SAW.


Betapa tarikh bersejarah ini amat bermakna buat kita semua.
Selain menghayati dan mengingati perjuangan baginda Rasulullah SAW, sempena menyambut maulidul rasul kita disarankan perbanyakkan selawat ke atas baginda dan mengamalkan sunnah baginda.

Tapi persoalan yang sering dilupakan ialah adakah hanya pada tarikh itu sahaja?
Bagaimana hari-hari kita yang lain?
Takkan kita hanya mengingati Rasulullah SAW hanya pada hari kelahiran baginda?
Sedangkan baginda menghabiskan seluruh saat hidup baginda untuk kita semua?

Cinta dan kasih baginda kepada kita tiada tolok bandingannya.
Salahkah andai kita juga menzahirkan rasa cinta kepada baginda yang telah banyak berkorban dalam menyampaikan Islam.

Ayuh sahabat sayang,
Hargailah kasih sayang baginda,
Andai belum ada rasa sayang itu, selami pengorbanan baginda buat kita.
Bagaimana kasihnya seorang nabi kepada umatnya apabila di saat kesakitan menghadapi sakaratul maut pun Rasulullah SAW masih lagi mengingati kita dan risau akan kita.

Menjadi kewajipan untuk kita mengingati baginda setiap saat kita.
Yakni dengan menerapkan setiap aspek kehidupan kita dengan sunnah Rasulullah SAW.

Bukankah kita tahu bahawa insan teragung bernama Nabi Muhammad SAW merupakan ikon terhebat dan terbaik dari setiap sudut kehidupan ini.
Sebagai seorang pemimpin.
Seorang suami.
Seorang bapa.
Seorang murabbi.
Seorang sahabat.
Dan banyak lagi.

Begitu indahnya kehidupan seorang Muslim itu, selain mematuhi peraturan Allah SWT, sunnah Rasulullah SAW juga menjadi amalan harian.
Subhanallah.

Itu yang harus kita ingat selalu.
Jadilah umat baginda Rasulullah SAW setiap saat.
Ayuh menyambut Maulidul Rasul setiap hari!
Salam maulidul rasul.


Saturday, February 4, 2012

Surat Buat Insan Teragung

Titipan khas buatmu wahai kekasih Allah.


Terima kasih wahai Rasulullah,
Walau luka dan darah kau hadapi,
Namun teguh menyampaikan Islam ke seluruh alam ini,
Hingga Islam menjadi pegangan kami kini.

Terima kasih wahai Rasulullah,
Sanggup korbankan seluruh hidup demi agama suci,
Walau caci maki sering menemani diri,
Iman tetap kental patuhi suruhan Illahi.

Terima kasih wahai kekasih Allah,
Beri contoh peribadi mulia,
Menjadi panduan kami semua,
Dalam meniti hidup didunia.

Wahai insan mulia,
Kasih sayangmu kepada kami,
Begitu bernilai tak dapat diganti,
Hingga ke akhir hayatmu kami kau ingati,
Itulah cinta tulus sejati.

Demi harga sebuah cinta,
Sedaya upaya kami usaha,
Agar menjadi umat yang setia,
Mengingatimu selalu setiap masa.

Daripada,
Umatmu yang merinduimu.

Ya Allah, izinkan lah kami menemui kekasihMu di akhirat nanti.
Izinkan kami menyintainya ya Rabbi,
Izinkan kami bersamanya di syurgaMu,
Walau diri yang hina dina ini tidak layak,
Namun kami punya cita-cita itu ya Allah,
Perkenankan lah ya Allah.
AMIN.

Semoga kita sentiasa mengingati baginda Rasulullah SAW bukan sahaja pada selawat dibibir tapi menghiasi hidup seharian dengan sunnahnya.=)

Sunday, January 29, 2012

Jom muhasabah kejap #1


Assalamualaikum wbt.

Sahabat sekalian moga nya sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.
Moga kita selalu menjaga dan menghargai nikmat kurniaan Allah SWT terutamanya nikmat iman dan Islam.
InsyaAllah, penulis punya sedikit perkongsian untuk sahabat semua, yang disayangi kerana Allah =)

Untuk pengetahuan semua, penulis suka menonton TV.
Macam-macam program dan drama yang menjadi favourite penulis.
Salah satunya, drama Tanah Kubur, siaran Astro Oasis.



Secara ringkasnya, drama ini membawa objektif untuk melahirkan kesedaran kepada umat Islam tentang azab kubur.
MasyaAllah, setiap dosa itu menunjukkan pelbagai jenis seksaan.
Sejauh mana benarnya semua seksaan itu,Wallahualam kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Pelbagai ibrah yang dapat kita jadikan teladan.
Cuma, sedikit membuatkan saya tertanya-tanya.

“Adakah semua pelakon yang menjayakan drama itu telah sedar akan realiti seksaan kubur?”
-          Kenapa soalan ini menerpa di kotak fikiran penulis kerana masih lagi banyak maksiat dan dosa yang jelas dilakukan dan diperlihatkan oleh pelakon.

Jelas jawapannya terdapat dalam sebahagian ayat Surah al- Muddaththir: 31
… Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui antara Tuhamu melainkan Dia Sendiri. Dan saqar itu tiada lain hanya peringatan manusia.

Disini jelas menerangkan kita bahawa realitinya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak memberi petunjuk.
Walau apa pun kita lakukan untuk mereka, itu sekadar usaha.
Yang menentukkannya hanya Allah SWT.
Moga kita mendoakan mereka yang masih sesat dijalan yang salah.
Dan kita yang bercita-cita menjadi seorang dai’e perlulah berusaha memantapkan kefahaman ilmu untuk penyediaan yang rapi dalam menempuh jalan dakwah yang penuh berliku.

Penulis juga ingin ambil kesempatan untuk kita sama-sama mengingati kematian.



Apa yang dilakonkan dalam drama Tanah Kubur, barulah menggambarkan azab yang terlihat didunia.
Kita yakin bahawa akhirat itu pasti.
Kehidupan akhirat yang bakal kita tempuh hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hebatnya azab dan seksaan yang disediakan.
Jadi kita perlu bersiap sedia dari sekarang.
Bukanlah penyediaan menghadapi azab seksaan itu, tapi penyediaan bertemu Allah SWT.
Semoga dengan amal soleh yang kita laksanakan dimuka bumi ini mampu meraih rahmat Allah SWT.
Dan dengan rahmatNya itu bakal mengurniakan kita sedikit ruang untuk hidup di syurga Allah SWT.

Satu lagi pesanan, ambillah ibrah dari setiap aspek kehidupan kita.
Kita percaya bahawa setiap yang terjadi ialah kehendak Yang Maha Esa, jadi pastinya disebalik semua itu ada hikmahnya samada terlihat zahir atau tersembunyi.
Oleh itu, mari kita sama-sama menyingkap setiap detik hidup kita.
Untuk mencari hikmahnya. Meskipun dalam drama dan program-program TV yang kita tonton setiap hari.
Peringatan buat diri yang sering lupa ini terutamanya=)

Kita sama je,cuma...

Dulu saya sekolah biasa je. Nama pun sekolah biase, so biase lh environment nyer.
Tapi sekarang saya study kat UIA. Environment nyer berbeza sikit. Luar biase bg saya.
Even luar biase tp best! Islamik!

And at the same time, saya berkawan dengan teman2 yg luar biasa jugak. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ada perubahan berlaku dalam diri saya.
Saya join usrah, ta’lim, daurah, mukhayyam..semua nyer OSEM lah.hehe

Dalam kalangan teman-teman, kami saling menggelarkan diri sebagai akhowat. Dan bagi group lelaki sebagai ikhwah. Erm, apa bezanya pelajar lelaki dan perempuan biasa dengan ikhwah dan akhowat?
Selain daripada ikhwah dan akhowat tu diambil dari bahasa arab, banyak perbezaan yang ada dalam beberapa konteks.

Pemakaian
Dari segi appearance, akhowat nampak lebih ketara. Ya, kita sama je pakai tudung, pakai baju kurung cuma…akhowat ada penambahan sikit.=) Akhowat selalunya akan pakai socks, handsocks,tudungnya labuh menutupi dada, bajunya labuh mencover bahagian belakang.
Common Question : Banyaknya tutup sana sini, tak panas ke.Dah pakai baju lengan panjang pun nak pakai handsocks? Lepas tu, tak rimas ke tudung labuh, dah macam alas meja.Pakai tudung biasa pun dah tutup aurat kan…
Akhowat: Tak dapat dinafikan, kalau dah memang duduk  tengah terik matahari, tipulah tak panas. TAPI ni baru panas dunia, macam mana dengan panas di akhirat nanti? So, moga dengan pemakaian yang mengikut syarak ini mampu menyelamatkan kita dari terkena pecikan panas api neraka.  Alas meja? Tak kisah lah nak panggil alas meja ke, alas kerusi ke…Janji tudung yang labuh tu menutupi dada kita. Dimana Allah berfirman:
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [ An-Nur (24):31].
So, bukan kami saja-saja nak pakai ‘alas meja’ tu, kami mengikut arahan Allah dan Alhamdulillah bila hati dan ikhlas dan redha dengan suruhan Allah, panas ke rimas ke,kami tak kisah=)

Masa Lapang
Okay sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi, selain dari belajar korang mesti ada masa lapang untuk dihabiskan. Tapi macam mana cara dihabiskan tu?
Enjoy? Macam mana maksud enjoy tu?
Common answer: Biasa bro…tengok wayang, gi KLCC ker..lepak kat mana2… weekend lah katakan, takkan asyik dak duduk dalam bilik baca buku. Boleh muntah silap hari bulan…

Ikhwah: Memang betul kalau duduk baca buku 24 jam, bukan setakat muntah, silap hari bukan gila pun boleh jadi.TAPI itu bukan alasan untuk kita sewenangnya habiskan masa macam tu je.

Kita sama je still nak enjoy jugak cuma kami plan our weekend.
Cari perkara yang enjoy and at the same time bermanfaat.  Contohnyer…kami ni suka bersukan. So apa kata, weekend je pakat contact kawan-kawan ajak lawan bola ke, lawan bowling ke, apa-apa lah sukan yang ada kat muka bumi ni.
Enjoykan?Pahala pun dapat sebab dah penuhi salah satu daripada 10 Muwasafat Tarbiyyah iaitu kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism), ukhuwah sesama ikhwah pun semakin kuat.

Untuk akhowat pun lebih kurang jugak, turut berhati-hati dalam memilih perkara yang akan dilakukan dalam masa lapang supaya masa tidak berlalu pergi begitu sahaja. Kalau tak kita jugak yang rugi.

Full-time job 

Kalau disebut pasal full-time job, kebanyakan akan memikirkan kerjaya idaman masing-masing selepas tamat belajar nanti.
Common opinions : Kalau saya, of course lah nak jadi accountant/ lawyer/architect/lecturer etc.(ikut lah course apa yang korang ambik) So, itu lah full-time job kami, baru lah gaji masyuk…

Ikhwah & akhowat : Kita sama je, mesti lah nak capai karier idaman masing-masing, sebab itu adalah salah satu usaha untuk mencari rezeki cuma tu semua bukan full-time job kami.
Full-time job bagi kami adalah sebagai hamba dan khalifah ALLAH SWT. Itu lah full-time job yang paling masyuk ‘gajinya’. Dan paling best ‘gaji’ tu dapat kat dunia dan akhirat.

Maksudnya kat sini, kalau nanti jadi seorang accountant, kami nak jadi accountant yang beriman.
Yang jugak meneruskan dakwah, yakni perjuangan Rasulullah SAW.
Kita generasi moden nil ah sepatutnya lebih bersemangat dalam berdakwah. Berdakwah dengan cara tersendiri yang lebih cool and awesome.=)

Pergaulan

Pergaulan antara lelaki dan perempuan selalu menjadi isu famous. Yang semua orang tahu, Islam telah menggariskan panduan untuk pergaulan lelaki dan perempuan.
Yang paling famous orang tahu , lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan.

Itu je ke? Sure…?  Bukan tu je, ada lagi lah…Mungkin,sebab ramai yang tak nak ambil tahu dengan lebih mendalam, kebanyakan salah faham dan menganggap yang SALAH tu BETUL.
Macam menghalalkan yang haram.

Common situation: Sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan lepak di cafe sama-sama. Konon nyer nak belajar. Tapi kelihatan gelak ketawa bersama, bergurau, berborak perkara yang tidak penting.

BOLEH ker…

Common argument: Boleh lah…kami bukannya pegang tangan pun. Tak tersentuh langsung pun kulit ni.  Just having a fun as friends.  Gurau-gurau macam ni lah boleh kuatkan ukhuwah.

Ukhuwah? Suka hati jer salah gunakan perkatan ukhuwah tu ye…

Sama lah jugak dengan kes COUPLE.
The boyfriend and girlfriend : Kami tak buat apa-apa pun, jumpa pun kat depan ramai orang. Bukannya tempat tertutup.

Mungkin mereka ni semua lupa/tak tahu/buat-buat lupa/buat-buat tak tahu dengan firman Allah ni:

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)” (Al-Isra’ ayat 32)

Bukan setakat zina HARAM tapi menghampiri zina pun TAK BOLEH.
Siapa kita yang boleh guarantee kekuatan iman kita walau dengan hanya menghampiri zina. Iman itu sendiri sifatnya turun dan naik, so tak hairan jika seorang yang warak boleh melakukan zina andai tidak menjaga pergaulan dengan baik.

> Habis tak boleh berkawan sesama lelaki dan perempuan?
> So kalau tak couple macam mana nak kahwin?

Ikhwah dan akhowat : Bukan tak boleh berkawan, boleh je…Cuma kena mengikut panduan yang digariskan. Dalami diri dengan ilmu fiqah untuk mengetahui dan seterusnya mengamalkan cara pergaulan yang dituntut dalam Islam.
Percayalah, setiap rules Allah itu, pasti ada hikmahnya.

Kalau tak couple tak boleh kahwin? Tipu lah tu…Ramai je dalam kalangan kami yang kahwin even takcouple. Kita sama je, normal lagi, tetap ada perasaan antara lelaki dan perempuan cuma kami memilih untuk terus berkahwin .Itu lah, satu-satunya cara untuk mengikat hati antara lelaki dan perempuan dengan cara yang sah. Selain menghalalkan fitrah yang sedia ada, perkahwinan juga menjadi penguat perjuangan di jalan dakwah lebih-lebih lagi apabila hati ikhwah dan akhowat yang terikat dimana terhasilnya baitul muslim.

Tak dapat dinafikan, dalam banyak-banyak perkara, isu pergaulan adalah perkara yang susah untuk ikhwah dan akhowat laksanakan. Selain jihad yang jitu melawan nafsu, peranan yang dimainkan antara satu sama lain amatlah perlu. Disini bermaksud, peranan ikhwah dan akhowat saling berkait rapat.

Akhowat: Terima kasih wahai ikhwah. Kerana kau berusaha untuk menjaga naluri kelakianmu. Kau sedaya upaya menahan pendangan agar tidak terus menerus memandang diriku. Agar aku tidak tercundang ke kancah maksiat. Kau juga berusaha menjaga keselamatan diriku kerana aku adalah amanah Allah buatmu. Teruskan dengan usahamu untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan solat Jemaah, puasa sunat, menghadiri dan mengikuti program tarbiyyah. Aku disini akan mendoakan dirimu dan moga aku menjadi sayap kiri perjuanganmu.

Ikhwah: Terima kasih juga wahai akhowat. Andai kau tidak menjaga dirimu sebaik mungkin, yakni tidak mengikut syariat Allah SWT, pasti iman ku goyah dan terus hanyut. Kerana Rasulullah SAW ada berpesan bahawa kaummu adalah fitnah terbesar buat kaumku. Manakan tidak, hanya dengan kemerduan suaramu boleh menggugat kekuatan imanku. Tetapi Alhamdulillah, kau membantu aku untuk mempertahankan imanku dengan ketaatan mu mematuhi perintah Allah SWT. Teruskan juga usaha mu untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan solat seawal waktu, mengamalkan sunah Rasulullah semampu yang boleh,turut hadir ke program tarbiyyah. Aku juga mendoakan dirimu dan sentiasa menantikan dirimu sebagai sayap kiri perjuangan ku.

Itulah secara ringkas isi hati ikhwah dan akhowat yang sedaya upaya berusaha menjadi pemuda dan pemudi yang taat dengan perintah Allah dan Rasul.
Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi pemuda sehebat Ali dan pemudi seteguh Fatimah.
Khas buat ikhwah dan akhowat sekalian yang mencintai perjuangan menuju Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Hasil nukilan,
Srikandi_islam21 

Thursday, January 26, 2012

Mukhayyam OSEM


Assalamualaikum wbt sahabat semua.
Moga sentiasa dirahmati Allah SWT.

Syukur teramat kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam.
Kerna bagi para mukmin itulah ‘nyawa’ terpenting dalam mengharungi ranjau kehidupan dunia ini.

Alhamdulillah, walaupun agak lama menyepi penulis masih digagahkan Allah untuk terus berjuang dalam bidang penulisan ini.
Masih dikurniakan ilham untuk menulis.

Pada 16-19 Januari yang lepas, penulis telah mengikuti satu mukhyyam.
Anjuran IKRAM dan KARISMA.
Seronok sangat bila dapat tahu yang ada mukhayyam ni.
Tambah lagi, musim exam dah pun berlalu.

Untuk pengetahuan semua, penulis sangat lah suka menyertai program macam mukhayyam ni.
Mencabar!
Baru lah dapat menguatkan fizikal dan minda kita.

Selain program tarbiyyah seperti usrah, ta’lim, daurah dan sebagainya, mukhyyam juga salah satu medium tarbiyyah yang terbaik.
Disini lah segala apa yang diperolehi dari program tarbiyyah seperti usrah dapat diaplikasikan.

In short, mukhayyam ni seolah pentas untuk menguji kefahaman kita.
Especially, dalan konteks dakwah.

Mukhayyam : Youth Outdoor Quest 2012 diadakan di sekitar Kuala Lumpur | Masjid Amaniah Gombak | The Woods, Ulu Yam.
Bertemakan Menjunjung Sirah, Membumi Ibrah, menyingkap sedikit sebanyak tentang Rasulullah SAW, dari pelbagai aspek seperti perjuangan, akhlak, kehidupan baginda.

Hari pertama: 16 Januari 2012 – THE AMAZING RACE KL



Our first day, kami telah pun diberi cabaran yang agak hebat. Explore satu KL yang membawa seribu satu ibrah dan kenangan.
Antara ibrah yang paling terkesan adalah mengharungi ‘Amazing Race’ ni dalam keadaan yang haus dan lapar. Dengan hanya berbekalkan RM7 seorang, kami terpaksa berlapar kerana menggunakan duit untuk transport.






Dari situ, kami sedar akan kelaparan dan kehausan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan orang Islam ketika peristiwa bersejarah hijrah ke Madinah. Bagaimana teguhnya iman mereka hingga hanya berbekalkan iman penghijrahan ke Madinah terlaksana dengan baik.
Seterusnya, interview session. Sepanjang perjalanan, kami diminta untuk menemu bual muslim, non-muslim dan foreigner tentang Rasulullah SAW.
Ternyata perihal Rasulullah SAW agak janggal dalam masyarakat dunia, termasuklah kaum Muslim.
Amat menyedihkan, namun itu lah yang menyedarkan kami semua pejuang YOQ’12 agar lebih menyampaikan Islam seterusnya memperkenalkan tokoh yang paling agung yakni Rasulullah SAW.

Check point di Masjid India amat menarik. Kami diminta untuk mempromosikan tentang Rasulullah SAW kepada orang ramai disitu menggunakan cara tersendiri.
Pelbagai hasil yang kreatif telah diperlihatkan.
Ternyata idea baru perlu diperbanyakkan dalam dakwah.
Banyak lagi check point yang kami tempuh, dan banyak juga pengajaran terlahir.
Sampailah kami di destinasi mukhayyam yang pertama iaitu Masjid Amaniah, Gombak.




Hari kedua: 17 Januari 2012 – The WOODS, Ulu Yam


Seawal jam 11 pagi, kami telah bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya, The WOODS Ulu Yam.
Kami menaiki kereta untuk kesana.
Aktivit yang menarik pada hari kedua YOQ’12 di sini ialah river travelling.
Mengharungi perjalanan selama setengah jam dalam mengharungi sungai.
Seronok sangat. Lebih seronok bila kami dibenarkan untuk mandi air terjun.
Ikhwah di bahagian atas, dan akhowat  di bahagian bawah.



Sebelah malam, lebih hebat=)
WAR GAME sekali lagi mencabar fizikal dan minda kami semua.
Penulis tidak pasti bagaimana corak War Game para ikhwah.
Untuk akhowat, kami semua bergabung memainkan peranan sebagai kaum muslimin yang ditugaskan untuk berhijrah ke Madinah.
Setelah menempatkan kami di suatu sudut, dewan besar berperanan sebagai Madinah.
Sepanjang perjalanan ke ‘Madinah’, akak fasi akan berperanan sebagai musyrikin Mekah yang akan menghalang dan mengganggu ‘penghijrahan’ kami.
Selain ‘berhijrah’, dalam masa yang sama kami perlu mencari 15 risalah yang telah disorokkan.
Disini lah, kesepakatan kami teruji.
Kami perlu bersatu, selain menyusun strategi dengan baik.
Subhanallah, terserlah semangat juang para akhowat ketika bermain War Game.
Terasa begitu payah dan perit nya perjalanan hijrah Rasulullah SAW dan kaum muslimin ketika itu.

Hari ketiga : 18 Januari 2012
Jungle trekking menanti kami di hari ketiga. Perjalanan yang berliku begitu mencabar dan Alhamdulillah para pejuang YOQ’12, baik Ikhwah mahupun akhowat mampu menghabiskan perjalanan sehingga ke penghujungnya.
Malam kesenian pula pada malam terakhir kami.
Persembahan dari akhowat begitu OSEM sekali.

Dan sampailah ke hari yang terakhir YOQ’12 : 19 Januari 2012
Sebelum pulang, sesi hati ke hati begitu terkesan sekali.
Air mata yang tumpah ibarat mutiara yang begitu berharga sekali.
Bukan sahaja akhowat yang berair mata, tetapi para Ikhwah juga turut sama melahirkan perasaan dengan air mata.
Nilai air mata kami hanya Allah SWT yang tahu.
Begitu bernilai buat kami.
Ukhuwah yang terbina atas dasar iman dan Islam itulah tunggak air mata yang hadir.



Perjuangan kami semua ibarat kami berada dalam satu kapal yang sama,
mengharungi badai ombak demi satu tujuan yang satu.
Yakni menuju Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Itu lah jalan juang kami yang telah ditakdirkan Allah buat kami.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana telah memilih kami untuk menjadi generasi penerus
perjuangan Rasulullah SAW.
Kami amat bersyukur kerana dipilih Allah SWT dalam tengah-tengah kezaliman di akhir zaman ini.
Moga kami terus dipilih Allah SWT untuk terus mempertahankan agama Allah yang suci ini.
ALLAHUAKHBAR! 


Friday, January 13, 2012

Perbaharui azam =)

Assalamualaikum =)
Alhamdulillah ke hadrat Illahi serta tidak dilupakan selawat kepada baginda Rasulullah SAW.

Pejam celik tahun baru hadir juga.
Sekejap kan?
Itulah sifat masa.
Pantas berlalu.

Bila kita masa sifatnya cepat 'berlari', kita kena sentiasa bersiap sedia.
Membuat persiapan untuk masa hadapan, dunia juga akhirat.

Penulis suka berkongsi apa selalu berada dalam fikiran.
Seronok rasanya, berkongsi dengan semua.
Moga ada manfaat disitu.

Kali penulis nak berkongsi tentang perancangan tahun baru.
Mungkin masih ingin mengulangi azam yang lama.
Bukan belum terlaksana, tetapi tidak sempurna perlaksanaannya.

Dakwah.
Secara peribadi, penulis amat mengagumi salah seorang sepupu penulis.
Walau seorang srikandi, tetapi semangat dakwahnya sama hebat seperti mujahid muda yang lain.
Usianya yang masih muda tidak menghalang langkahnya untuk ligat berdakwah.

Penulis ingin jadi sepertinya.
Cuma mungkin penulis tidak sebertuah sepertinya.
Dia punya teman-teman sefikrah.
Ya, penulis juga ada.
Cuma tidak ramai yang ingin turun ke padang dakwah.

Mungkin itu cara mereka sendiri.
Penulis agak berbeza.
Penulis suka turun padang dan keluar mengembara ke dalam kehidupan realiti Muslim.

Tapi peluang belum datang lagi.
InsyaAllah, suatu hari nanti.
Bilamana hati kita ke arah kebaikan, pasti Allah akan permudahkan.
Seperti dalam maksud hadis qudsi:
"Jika kau datang kepadaKu sambil berjalan,
Aku datang kepadamu sambil berlari"

Hebat kan cinta Allah kepada kita.
Disebabkan kehebatan cinta Yang Maha Esa itu buat penulis terpikat.
Dan penulis ingin lakukan sesuatu buat Dia.
Lakukan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang.

Bukan itu saja, untuk cantikkan lagi amal ibadah wajib kita, amalan sunat lah caranya.
Seronok bila kita tahu, bahawa Allah akan lebih menyayangi hambaNya yang rajin beribadah sunat.
Tak rugi kan?
Malah berpeluang ke arah cintaNya Yang Maha Agung.


Tuesday, December 20, 2011

"Alhamdulillah, saya sayangkan mereka".


Assalamualaikum wbt my dear friends.
So, there is a long time, not to write something in my blog.
Penulis tergerak untuk berkongsikan sesuatu.
Berkongsikan tentang kasih sayang.
Kasih sayang yang semua orang inginkan.

Kenapa tiba-tiba nak kongsi tentang kasih sayang?
Sebab penulis terasa bahagia sangat saat ini.
Bahagia dengan kasih sayang yang ada.
Entahlah, bagi penulis kasih sayang itu subjektif.
Setiap orang menilainya dengan perspektif yang berbeza.

Tapi yang paling penting, bagi seorang Muslim, kasih sayang yang hakiki adalah kasih sayang Sang Pencipta.
Yakni Allah Yang Maha Penyayang.
Subhanallah.
Allah sendiri bersifat Ar-Rahman.
Tidak dapat digambarkan betapa hebatnya kasih sayang Allah.

Nak lihat sebahagiannya?
Segala nikmat yang diberi kepada kita.
Itu salah satu bukti kasih sayangNya.
Satu?
Makna nya banyak lagi bukti kasih sayang Allah yang mungkin kita tidak dapat lihat lagi.

MasyaAllah.
Banyak lagi bukti-bukti kasih sayang Allah selain daripada nikmat di dunia.

Disebabkan itu, Allah menyuruh juga hamba-hambaNya saling berkasih sayang antara satu sama lain.
Untuk apa kasih sayang itu, hanyalah untuk meraih redha juga cintaNya.

Indah bukan Islam itu?
Disuruhnya berkasih sayang, bukan saja dapat kasih sayang manusia, paling utama meraih kasih sayang dan cinta yang agung, yakni cinta Allah SWT.

Dan pada pendapat penulis, tanda kita menyayangi seseorang bukanlah dapat diukur dengan :
- berapa lama kita mengenalinya?
- berapa kali kita berjumpa dengannya?
- berapa kali kita memberinya hadiah?
Itu semua ukuran fizikal.
Lebih bermakna kasih sayang itu bila mana:
1. Kita mendoakannya dari jauh.
2. Kita mengambil berat tentangnya walau dia tidak tahu.
3. Kita berdoa kepada Allah agar sentiasa memanjangkan hubungan kasih sayang yang terbina.

Oleh itu, penulis ingin sentiasa mengingatkan diri penulis agar sentiasalah menyayangi sesama kita.
Lebih-lebih mereka yang telah Allah takdirkan bersama dengan kita.
Penulis teramat menyayangi insan - insan ini :
Ibu, ayah, adik-adik, teman-teman, ahli keluarga, cikgu, pensyarah, akak-akak senior, dan ramai lagi.
InsyaAllah bakal datang seorang suami.
Moga setiap rasa kasih dan sayang penulis kepada mereka ini hanyalah untuk satu tujuan.
Mendapat redha dan cinta ALLAH.