Tuesday, July 26, 2011

Perlunya kasih dalam dakwah.

\

Assalamualaikum wbt.

Didoakan agar kita sentiasa dihadiahkan nikmat Islam dan Iman oleh Yang Maha Pemurah.
Alhamdulillah tiap hari,Allah mengurniakan kita peluang.
Peluang secerah cahaya matahari yang hadir tiap hari.
Begitulah kasihNya kepada kita walau kita hanya berstatus hamba.

Baru-baru ini, penulis telah pergi ke UIA,Gombak atas urusan kerja sedikit.
Terubat rindu,selepas beberapa minggu bercuti.
Seperti kebiasaan, untuk kesana penulis lebih selesa menaiki public transport seperti LRT dan bas Rapid.
Selain daripada keadaan yang agak selamat kerana dikelilingi orang ramai, penulis suka melihat pelbagai kerenah orang sekeliling.
Banyak orang,banyak ragamnya.

Kebetulan, penulis dan seorang sahabat penulis memilih hari Jumaat untuk pergi ke UIA.
Dan setelah selesai kerja, kami pulang pada waktu solat Jumaat.
Dan dari situ, secara tidak langsung kita dapat lihat ada segelintir muslimin yang tidak menunaikan kewajipannya.
Mungkin ada kondisi yang kita tidak ketahui.
Tapi penulis terfikir andai yang penulis lihat ini adalah mereka yang memang meninggalkannya dengan sengaja,bagaimana dengan solat harian mereka?
Sehingga penulis bersangka yang bukan-bukan.
Hadir juga sekelumit rasa kurang selesa dengan mereka.

Tiba-tiba muncul bisikan hati yang  mengatakan kepada penulis bahawa tidak sepatutnya penulis memandang mereka itu dengan satu pandangan yang jelek.
Seharusnya orang yang punya kesedaran, mengambil tanggungjawab untuk mengingatkan kepada mereka yang lupa.
Tidak semua beruntung dihadiahkan kesedaran oleh Allah.
Alhamdulillah,kita yang dikurniakan nikmat itu perlulah menjalankan peranan dengan baik.

Peranan itulah dinama dakwah.
Menyampaikan atau mengingatkan kepada mereka yang tidak tahu dan yang lupa.
Kita sepatutnya melihat kumpulan itu dengan pandangan kasih dan kasihan.
Dekati mereka itu dengan hikmah.
Dengan itu, dakwah menjadi lebih mudah dan dapat disampaikan dengan baik.
Adakah wajar kita menegur seseorang dengan kasar?
Persoalan yang logik, adakah orang yang ditegur itu hendak mendengar teguran kasar itu?
Pastinya tidak,bukan?
Jadi kita boleh fikir-fikirkan soal itu.

Dakwah yang penulis ingin tekankan, bukanlah hanya kepada orang awam tapi yang terpenting adalah ahli keluarga sendiri.
Sebagai contoh, seorang kakak kepada adik-adik.
Bagaimana kita sebagai kakak inginmenegur adik-adik yang liat/susah untuk solat?
Pastinya ditegur dengan lemah-lembut supaya si adik ini ingin mendengar kata kita.

Sememangnya apa yang diajar olehRasulullah SAW itu semua ada benarnya.
Rasulullah SAW sendiri menyampaikan dakwah dengan lemahlembut dan berhikmah.

Monday, July 18, 2011

Ku doakan dia.


Assalamualaikumwbt sahabat sekalian.
Moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmatNya.
Post kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit pengalaman hidup ini.
Tak dapat dinafikan, dalam hidup ini bukan semua yang kita ingini akan kita perolehi.
Segalanya di atas izin dan ketentuan Illahi.

Tiada siapa di dunia ini meminta untuk disakiti.
Dikecewa.
Dan sebagainya.

Ada sesetengah yang menerima tamparan yang hebat daripada seorang insane yang  disayangi sendiri.
Ibu ayah.
Atau adik,abang dan kakak kita sendiri.
Atau kawan rapat kita.
Atau sesiapa yang kita sayangi.

Hati yang terluka memang perit.
Lebih perit daripada luka yang zahir kelihatan.

Dan penulis sudah berpengalaman melalui semua itu.
Disakiti oleh orang yang disayangi.

Tidak dapat dinafikankebencian kepadanya susah untuk padam.
Kenapa kita yang tidak bersalah ini menjadi mangsa?
Kenapa?
Tidak berguna untuk menyoal.
Semua telah berlaku.

Namun sampai bila perasaan benci itu harus disimpan?
Allah itu sendiri Maha Pengampun.
Sedangkan Rasul juga memaafkan umatnya.

Jadi apa hak kita untuk tidak memaafkan kesalahan sesame manusia.
Terfikir sejenak soal itu.
Ya ada benarnya.

Penulis sendiri tidak sanggup menanggung perasaan itu lagi.
Semakin disimpan semakin dimarakkan api kebencian oleh syaitan.
Takkan kita nak biarkan syaitan terus mempermainkan kita.

Oleh itu,awas dengan perasaan benci.
Jangan disimpan lama-lama.
Kini,Alhamdulillah sedikit demi sedikit kemaafan mula berbunga di hati.
Walau berbekas, insyaAllah parut itu bakal disembuh oleh Allah.

Bukan sahaja kemaafan yang penulis hadiahkan buat dia, malah juga setangkai doa.
Doa agar Allah menemukan dia dengan hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar.
Entah kenapa, hati ini menangis apabila mengetahui yang dia hanyut dengan ‘kemanisan’ maksiat.
Penulis berdoa kepada Allah agar memberinya peluang untuk kembali ke jalan Allah sebelum terlambat.
Moga Allah mengabulkan doa ini.

Thursday, July 7, 2011

Lihat dengan hati.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih.

Assalamualaikum wbt sahabat kalian.
Alhamdulillah, tidak henti-henti nikmat Allah di dunia ini.
Tak dapat digambarkan nikmat di syurga nanti.
InsyaAllah moga kita sentiasa di dalam rahmat Allah dan berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur sentiasa.

Kali ini, penulis suka untuk membincangkan soal hiburan.
Sekadar perkongsian bersama.

Tak dapat dinafikan semua orang sukakan hiburan, tapi dalam Islam ada garis panduannya untuk kita berhibur.
Tak salah asalkan menepati syara’.
Mungkin penulis hanya ingin memberi contoh yang mudah.
Ada banyakjenis hiburan, tapi penulis ingin memfokuskan hiburan dalam bentuk program TV.
Sebab secara peribadinya, penulis suka menghabiskan masa menonton TV.
Ya, mungkin tidak berapa elok untuk kita menghabiskan masa menonton TV tambahan pula program dan rancangan yang disiarkan kebanyakannya tidak memberi manfaat.

Tapi apa yang penulis lihat, masih lagi ada program-program yang memberi manfaat.
Filem-filem berunsurkan Islamik yang turut ada objektif yang cuba disampaikan.
Cuma terserah kepada kita untuk memilih program dan rancangan yang baik untuk ditonton.
Bukan sekadar tonton tetapi mengambil ibrah atau pengajaran daripadanya.
Itulah yang dinamakan lihat dengan hati.

Contoh filem Islamik yang penulis cadangkan untuk kalian tonton ialah ‘DalamMihrabCinta’ arahan Habiburrahman.


Filem in isudah berada di pawagam pada tahun 2010 tapi penulis baru berkesempatan menontonnya pada beberapa hari yang lalu.
Sebuah filem Indonesia ini berkisahkan seorang pemuda bernama Syamsul Hadi yang berhasrat untuk menuntut ilmu di sebuah madrasah kecil.
Hanya kerana sifat dengki dan cemburu, salah seorang sahabatnya telah menfitnahnya mencuri.
Melalui filem ini, ia ingin memperlihatkan betap fitnah itu boleh menghancurkan hidup seseorang.

Nampak kan rasionalnya mengapa Islam mengingatkan bahawa dosa fitnah itu lebih berat daripada membunuh.
Hanya dengan fitnah, kehidupan Syamsul Hadi menjadi teruk.
Dia dibuang keluarga kerana sangat malu dengan perbuatannya.
Sayu hati penulis kerana, dia akhirnya benar-benar menjadi seorang pencuri kerana terdesak dengan kepayahan hidup.
Namun  Allah masih sayangkannya, Allah ingin membawa seorang lelaki yang sebenarnya baik ini kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Terdapat satu peristiwa yang membawanya kembali ke jalan Allah.
Betapa insan ini ingin menjadi orang baik tetapi diuji Allah.
Dari situ, dapat memberi refleksi pada hakikat hidup sebenar.

Mengapa Allah menguji biarpun kepada hambaNya yang baik?
Bukankah semakin baik seseorang itu, semakin berat ujianNya.
Kerana  Allah Maha Mengetahui tahap keimanan seseorang itu yang akan menentukan kebolehannya dalam menghadapi tiap ujian dan dugaanNya.



Banyak lagi filem-filem berunsurkan Islamik yang  terdapat dalam dunia hiburan kini.
Hanya kita yang harus bijak memilih.
Buat peringatan bersama, kepada diri penulis sendiri dan sahabat kalian,
Elakkan daripada menonton filem atau rancangan yang tak terlihat objektifnya.
Contoh rancangan yang hanya berunsur ‘suka-suka’.
Atau pun filem yang berunsur fantasi cinta seperti filem atau drama Korean.

Carilah jenis hiburan yang secara tak langsung membawa kita lebih dekat kepada  Allah.
Indahnya Islam itu, ia tidak melarang fitrah manusia untuk berhibur,
Namun dalam berhibur ia menekankan agar kita tidak pernah lupakan Allah.
Bayangkan walaupun dalam kedaan berhibur, kita tetap mengingati  Allah.

Satu lagi yang ingin saya cadangkan kepada kalian,
sesiapa yang ada ASTRO di rumah,
dan dapat siaran TV Al-Hijrah, rajin-rajinkanlah menonton al-Madrasah.


Satu program yang bercorak majlis ilmu,yang amat bermanfaat buat kita semua.
Tambahan lagi, pada waktu musim cuti dan banyak menghabiskan di rumah, jadi eloklah kita menambah lebih banyak ilmu dengan hanya menonton TV.

Saturday, July 2, 2011

Mana yang utama?



Assalamualaikum wbt sahabat kalian.=)

Harapnya kita sama-sama mengucapkan syukur tiap saat kepada Illahi.
Moga dengan syukur yang diucapkan itu, membawa ingatan kita sentiasa kepada Allah SWT.
Juga banyakkan lah selawat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

InsyaAllah, kali ini penulis suka untuk berkongsi apa yang penulis dapat dari program Tanyalah Ustaz yang baru penulis tonton baru-baru ini.
Maaf kerana penulis lupa nama ustaz yang mengendalikan program itu.
Tajuk pada episod itu membincangkan tentang keutamaan.
Mungkin banyak yang dibincangkan tapi penulis hanya dapat berkongsikan sebahagian daripadanya memandangkan penulis tidak berkesempatan untuk memperolehi semua isi-isi perbincangan.

Penulis tertarik kepada satu soalan yang diutarakan oleh salah seorang penonton di studio iaitu berkenaan keutamaan antara berkahwin awal sambil belajar atau menghabiskan belajar terlebih dahulu.
Sebagai seorang pelajar, pastinya penulis juga terlintas soal itu.
Yang mana keutamaan yang harus kita beri?
Berdasarkan jawapan ustaz, kita haruslah menimbang sebaik-baiknya kebaikan juga keburukan daripada tindakan yang bakal kita buat.

Ya, benar.Berkahwin awal merupakan salah satu sunah Rasulullah dimana ia akan mengelakkan kemaksiatan berlaku.
Tapi harus diteliti dahulu kondisi ataupun keadaan sekeliling sebelum membuat keputusan.
Tak dapat dinafikan, konteks kahwin boleh jatuh hukum wajib apabila keadaan tertentu berlaku contohnya dikhuatiri kemaksiatan akan berlaku sekiranya keputusan kahwin tidak diambil.
Oleh itu, para siswa siswi termasuk penulis sendiri ayuh teliti sedalam-dalamnya kondisi kita sekarang.
Adakah kita belajar di dalam negara atau di luar negara?
Adakah kita sangat berjauhan dengan keluarga?
Bagaimana kondisi kawan-kawan di sekeliling kita?

Sebagai contoh, penulis sendiri.
Penulis hanya belajar di dalam negara tambahan pula berdekatan dengan keluarga.
Dan Alhamdulillah, penulis dikelilingi kawan-kawan yang baik.
Dan InsyaAllah boleh juga dikatakan penulis berada dalam biah yang baik dan solehah.
Mengikut apa yang ustaz cadangkan, jika melalui kondisi seperti penulis tadi, sebaiknya haruslah memberi keutamaan kepada ‘study’ terlebih dahulu.
Tambahan lagi pada usia seawal 19,20 atau 21 tahun.

Penulis amat bersetuju dengan cadangan ustaz itu.
Banyak ‘relevant points’ yang penulis dapat lihat.
Sebelum melalui bahtera rumah tangga yang bakal membawa kita kepada satu tanggungjawab yang besar, kita seharusnya perlu lebih menyiapkan diri dengan limpahan ilmu yang cukup.
Mungkin kita tidak dapat kesan, sejauh mana cukupnya ilmu kita?
Bukankah kita tahu bahawa penguasaan ilmu itu begitu jauh lagi untuk kita capai.
Tapi apa yang cuba penulis sampaikan adalah biarlah sekurang-kurangnya  kita mengutamakan kepentingan ilmu terlebih dahulu.

Berbalik semula kepada kondisi, lihat bagaimana kondisi ummah sekarang?
Memandangkan kondisi ummah pada akhir zaman ini amat buruk, penguasaan ilmu itu menjadi jauh lebih penting.
Mudahan dengan ilmu yang terbuku di dada walau sedikit dapat membantu ummah yang kian haus mengharapkan bantuan.
InsyaAllah bantuan yang diharapkan itu akan hadir dengan kita melaksanakan peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Jadi, kini kita dapat lihat yang mana lebih utama bukan?
Moga dengan mendahulukan jalan menuntut ilmu Allah akan permudahkan jalan kita untuk mendirikan bahtera rumah tangga yang bakal menjadi syurga dunia dan membawa kita semua kepada redha dan restu Allah.
Percayalah bila tiba saatnya, jodoh yang telah dijanjikan Allah itu akan muncul jua.
Saat ini, biarlah kita menumpukan perhatian pada usaha menuntut ilmu.
Selamat menuntut ilmu.=)

Friday, July 1, 2011

Hargai iman.



Assalamualaikumwbt.

Alhamdulillah kehadrat Illahi atas setiap limpahan kurniaNya.
Mohon maaf kepada sahabat kalian kerana penulis mengambil tempoh masa yang lama untuk menulis ‘post’ yang seterusnya.
Mungkin kerana penulis menghadapi saat-saat yang sukar sejak akhir-akhir ini.
Kita sedia maklum, iman itu sifatnya naik dan turun.
Tak dapat dinafikan, penulis mengharungi detik dimana iman menurun.
Hanya Allah yang tahu, betapa penulis ‘menderita’ di saat-saat iman semakin lemah.

Syukur yang amat tinggi kepada Yang Maha Penyayang, 
dengan kasih dan sayangnya Dia membawa penulis kembali kejalan yang benar.
Tak dapat digambarkan perasaan rindu penulis kepada Illahi.
Biarpun kita tahu Allah sentiasa disisi, tapi bila tibanya saat iman menurun kita seolah-olah sangat jauh daripadaNya.

Begitulah bahayanya saat iman menurun,wahai sahabatku.
Jadi jangan biarkan ia terus menurun apabila kalian sedar.
Cepat-cepatlah bertindak menyelamatkan iman kalian.
Hargailah nikmat Allah itu sebelum ia jauh meninggalkan kita.
Dapatkah kita bayangkan bagaimana hidup tanpa kemanisaniman?

Penulis ingin berkongsi serba sedikit soal iman.

Tanda-tanda iman mula menurun.

  • Mula rasa malas untuk beribadah
  • Sukakan hiburan berlebihan
  • Suka buang masa dengan perkara sia-sia
  • Tidak rasa sensitif dengan hal-hal agama.
  • Tidak bersemangat untuk melakukan amal kebajikan.

Tindakan yang boleh dilakukan.
  •          Menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.
  •          Membanyakkan bahan bacaan Islami.
  •          Memilih hiburan yang menyedarkan, seperti membaca/mendengar bacaan Al-Quran dan nasyid.
  •         Mendalami tafsir Al-Quran.
  •            Muhasabah diri danmengingati mati.

Sebenarnya banyak lagi perkara penting berkaitan iman yang perlu kita ketahui, tapi mungkin ini saja yang dapat penulis kongsikan.
Maaf andai tak cukup apa yang penulis kongsikan.
Sahabat kalian bolehlah mencari sumber bacaan lain untuk lebih mengetahui tentang iman ini.
Apa yang mampu penulissampaikan mungkin sekadar buat peringatan kepada kita semua agar mengambil berat soa lini.
Jangan memandangr emeh soal iman.

 “YaAllah,selamatkan kami hambaMu,
Jangan biarkan iman kami terus menurun.
Hingga buat kami jauh dariMu,
Tak dapat digambarkan hidup kami didunia ini tanpa nikmat imanMu itu.
Hadirkan setiap masa kemanisan iman buat kami.
Agar kami dapat meneruskan kehidupan ini dalam keadaan keimanan dan ketaqwaan yang teguh hanya padaMu.
Amin yaRabalallamin.

Enjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri



Khamis, 30/06/2011 – Pihak tidak dikenalpasti yang disyaki sebagai ajen Mossad Zionis pada hari Isnin (27 Jun) telah mensabojat salah sebuah kapal dari Freedom Flotilla 2 di pelabuhan Greek sebelum kapal tersebut memulakan pelayaran menuju Gaza yang terpenjara sejak 5 tahun berturut-turut.
Rami Abdouh, anggota “konvoi Eropah untuk menghentikan kepungan Gaza” berkata dalam kenyataan hari ini : “sebuah entiti yang tidak dapat dikenalpasti telah merosakkan enjin salah satu kapal konvoi Eropah, dan sekarang para jurutera khas kapal sedang cuba membaiki enjin tersebut, yang mungkin memerlukan masa selama 2 hari.”
Abdouh mengecam “perancangan berterusan dan ancaman Israel” terhadap Freedom Flotilla, dan menegaskan bahawa Freedom Flotilla “akan terus berlayar dan sampai ke Tebing Gaza walau apa pun kesukaran yang terpaksa dihadapi”, dan turut mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman lanun Zionis.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
~ Moga kita sama doakan keselamatan saudara kita yakni pejuang agama Allah yang sedang dalam usaha membantu saudara-saudara kita di Palestin. Usaha murni mereka pasti akan mendapat pertolongan Allah walau apa jua halangan dan dugaan melanda.

Buat Ibu...

Dirimu amat kukagumi,
Dari kecilku hingga kini,
Kerna jasamu menggunung tinggi,
Mengandung,melahirkan,membesarkanku, serta pelbagai lagi,
Sungguh benar kau insan istimewa kurniaan Illahi.

Alhamdulillah kini ku meniti dewasa,
Membesar hasil kasih dan sayangmu,
Tibalah saat ku membalas jasa,
Walau sebenarnya tak termampu ku balas jasa mu itu.

Dalam ku menjalani hidup ini,
Kupohon ampun atas segala dosaku,
Andai ada tikanya hatimu terguris,
Andai ada saatnya dirimu terluka,
Andai ada masanya air matamu membasahi pipi,
Maafkan ku wahai ibu,
Tidak terniat dihati ini untuk menguris,melukai apatah lagi membuat mu menangis.

Sungguh tak sanggup aku kehilanganmu,
Hingga ku pinta biarlah aku pergi dahulu,
Dengan itu amatlah kupohon restu doamu,
Agar mengiringi tiap langkah juangku,
Moga diri ini terkorban di jalan Allah,InsyaAllah di syurga abadi kita bertemu.

Terima kasih,terima kasih dan terima kasih wahai ibu,
Hanya itu mampu ku ucapkan,
Buatmu insan yang amat kusayangi,ibu...