Tuesday, May 24, 2011

Pengalaman Mengajar Kita




Alhamdulillah, semakin indah kehidupan ini tak kala melihat segala jenis nikmat kurniaan Illahi.
Moga kita semua dapat memanfaatkan segala nikmat ini agar menjadi bekal di akhirat nanti.

Sudah hampir 3 minggu, penulis telah kembali pulang ke kampus. Walaupun dipanggil ‘short sem’ tapi bagi penulis sem yang lebih sibuk berbanding sem biasa. Sebab dalam tempoh masa yang pendek, segala macam urusan harus diselesaikan. Tambah pula, azam penulis kali ini untuk menimba lebih banyak pengalaman baru.

Bagi penulis, kehidupan di kampus ini merupakan asas yang terbaik untuk merebut pelbagai jenis peluang. Bayangkan jika kita menjadi pelajar universiti yang hanya duduk di meja belajar dan mengulangkaji pelajaran sepanjang masa. Sungguh rugi masa kalian, kerana terlalu banyak peluang untuk merasai pengalaman lain di luar sana. Bukanlah penulis mengatakan bahawa kita tidak perlu belajar, malah sememangnya tugas seorang pelajar itu adalah belajar dengan sungguh-sungguh. Tapi cuba kita selami kata-kata ini; “Study smart not study hard”.

Pasti kalian semua selalu mendengarnya,bukan? Jadi di sinilah main point  penulis, bahawa belajar dengan cara yang bijak amat penting. Tidak semestinya perlu berjaga sepanjang malam untuk belajar tetapi cubalah cari cara yang bijak untuk belajar. Supaya kita bukan sahaja cemerlang dalam akademik tapi turut menjadi seorang pengembara dunia luar untuk menimba pengalaman.

Pengalaman yang penulis cuba maksudkan sebagai seorang pelajar adalah pengalaman berinteraksi dengan dunia luar. Bukankah kebanyakan mahasiswa bakal menempuh alam kerjaya selepas menghabiskan pengajian?

Malah sebelum itu, boleh dikatakan pelajar dari semua jenis bidang pengajian akan melalui proses praktikal. Oleh itu, bagaimana kita ingin membiasakan atau mempraktikkan interaksi dengan dunia luar? Adakah hanya dengan kawan-kawan kita sendiri?

Tidak.
Jawapannya, kita cari pengalaman.
Sertailah apa pun jenis persatuan atau kelab yang terdapat di kampus.
Dan cuba aktifkan diri dengan program-program yang dianjurkan.
Percayalah,amat menakjubkan!
Pengalaman baru bakal kita rasai.
Susah atau senang, bukankah adat kehidupan?
Jadi janganlah hanya takutkan pengalaman yang menyusahkan kita, menjadi halangan untuk kita merebut peluang.

Sebagai contoh, jika menjadi subcommittees untuk satu program, kadang-kadang kita akan dengar komen seperti ini:
“Tak nak lah kerja susah-susah. Nak kerja ala kadar je”.
“Harap-harap lah tak dapat ‘big boss’ yang garang”.

Jika awal-awal lagi, kita sudah buat komen negative seperti itu, tak mustahil jika kita akan menarik diri dari sertai program pada akhirnya.
Jadi, kawan-kawan jangan takut untuk hadapi semua itu.
Be a positive thinker!
Ingat, nanti di alam kerjaya, mungkin suasananya jauh lebih hebat.
So guys, let’s take opportunities to gain experiences as much as you can! :)
Diingatkan, jangan sampai abaikan akademik.
Belajar untuk bahagikan masa sebaiknya.
Kerana untuk menjadi well-rounded student,seseoarang pelajar harus bertindak sebijaknya dalam pengurusan masanya.
*Peringatan yang tegas buat diri penulis terutamanya*

 

Sunday, May 15, 2011

Mari mengenal Allah.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah,Allah Yang Maha Pemurah sentiasa mengurniakan nikmat yang tiada tandingan kepada hambaNya.
Syukur ke hadratNya,dengan izin Allah penulis masih punya sesuatu untuk dikongsikan.

Melihat pada tajuk kali ini, bagi penulis amat berat untuk dibincangkan kerana penulis bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini. Tambahan begitu sedikit ilmu di dada ini.
Mungkin penulis dapat berkongsikan serba sedikit apa yang telah diceritakan oleh salah seorang akak usrah penulis dalam satu ta’lim baru-baru ini.

Bercerita soal makrifatullah yakni mengenal Allah, ada sesetengah berpendapat bahawa soal ini ringan. Ada juga yang mengatakan bahawa ini soal yang berat.
Dan bagi penulis, sebagai seorang Muslim sememangnya soal ini sungguh berat dan penting untuk kita ambil peduli. Kerana ia melibatkan akidah dan seterusnya pembinaan agama juga kekuatan keyakinan dalam diri yang bergelar muslim.
Oleh itu, setelah sedarnya kita betapa pentingnya untuk kita mengenal Allah, yakni sang Pencipta alam semesta dapat kita rumuskan melalui pengenalan kita kepada Allah akan membawa kita pada satu tahap kesedaran tentang siapa kita, untuk apa kita diciptakan dan apa yang harus kita lakukan.
Siapa kita? Rasanya ramai yang dapat menjawab soalan ini bukan?
Hakikatnya status kita hanya dua, iaitu sebagai seorang hamba dan juga seorang khalifah.

Untuk apa kita diciptakan?
“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”,Surah Az-Zariyat ayat 56

Persoalan seterusnya apa harus kita lakukan sebagai seorang hamba dan khalifah.
Pastinya dengan tujuan kita diciptakan, kita tahu bahawa kita harus beribadah kepada Allah juga memakmurkan bumi ini sebaik-baiknya. Konklusinya kita haruslah mengabdikan diri dan jiwa seluruhnya hanya untuk Tuhan Yang Menciptakan kita.

Jalan untuk mengenal Allah
Ingin dikonsikan, bagaimana untuk kita mengenal Allah?
1.Melalui akal-sungguh bukanlah sia-sia penurunan al-Quran buat kita umat Islam.Selain sebagai panduan untuk menjalani kehidupan ini, ayat-ayat suci al-Quran dapat membantu kita untuk mengenal Allah. Terdapat contoh beberapa ayat-ayat Allah yang menerangkan tentang penciptaanNya. Ayat-ayat ini dipanggil ayat Kauniyah.
Surah al-Baqarah ayat 21-22
“Wahai manusia!Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”.
“(Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui”.
Banyak lagi contoh-contoh ayat Kauniyah yang terdapat dalam al-Quran yang dapat kita jadikan panduan untuk mengenal Allah.

2. Memahami asma’ al-Husna-pastinya untuk mengenal Allah, kita harus mengetahui sifat-sifatnya yang Mulia.
    Sekurang-kurangnya dapatlah kita hafal,memahami dan beramal dengan beberapa sifat-sifat Allah Yang Mulia.

Bagi mereka yang masih merasa terhalang untuk mengenal Allah, mungkin ini antara sebab-sebabnya.
1.Hanya bersandarkan kepada panca indera
   -Sebagai contoh dimana pada zaman Nabi Musa a.s, kaum baginda meminta agar memperlihatkan Tuhan dihadapan mereka.
2. Kesombongan
    - Contoh semasa zaman baginda Rasulullah SAW, dimana sebahagian kaum musyirikin Mekah yang mengakui tentang kebenaran munculnya seorang nabi tetapi sombong untuk mengikuti agama yang Islam.
3. Lengah/lalai
    - Walau sebanyak mana usaha kita dalam menuntut ilmu untuk mengenal Allah, tetapi masih dalam keadaan yang berbuat maksiat, bintikan hitam akan menghalang hati untuk menerima ilmu.
4.Jahil
   -Tiada usaha untuk menuntut ilmu.

Secara ringkasnya, sebagai seorang Muslim wajib bagi kita mengenal Allah.
Selain untuk kekuatan aqidah yakni kepercayaan hakiki dan pembinaan agama yang kukuh dalam diri, dengan mengenal Allah akan terlahirnya cinta yang tulus buat Sang Pencipta ini.
Bukankah tak kenal maka tak cinta?
 Jadi,ayuh sama-sama kita mengenal Allah dengan sungguh-sungguh.
Moga redha dan rahmat Allah sentiasa mengiringi usaha kita.
InsyaAllah.

Bicara keinsafan.



Hadirnya tanpa ku sedari
Tika alpa dan lalainya diri ini
Sungguh ia kurniaan terindah dari Illahi
Menjadikan hidupku sangat bererti

Apakah itu?
Suara hidayah.
Memanggil hambaNya agar pulang,
Pulang ke jalan yang benar,
Kembali berserah diri pada Yang Esa
Setelah lama iman menyepi diri.

Sedarlah wahai diri,
Walau sering maksiat menyelubungi hari,
Walau Dia sering diabai dan dilupai,
Diri yang kerdil masih dikasihi Illahi,
Kerna itu hadirnya suara hidayah.

Ayuh bersama hargai kurniaan ini,
Hidayah Allah yang amat bernilai,
Jangan biarkan ia pergi,
Takut nanti tak muncul lagi,
Diri sendiri menanggung rugi,
Bukan saja di dunia,juga di akhirat nanti.






Friday, May 6, 2011

Biarlah hanya untuk Islam.






Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana masih terus-menerus dikurniakan rezeki dari Illahi.Rezeki yang melimpah ruah.
Syukur juga atas keputusan untuk sem yang pertama,walau masih belum cukup hebat namun Alhamdulillah dengan keputusan yang diperoleh. Syukur dan redha dengan rezeki Allah.

Juga ingin ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada semua teman seperjuangan di UIA Gombak,di atas keputusan mereka . Penulis yakin keputusan mereka tidak kurang hebatnya.
Moga kita dapat belajar bersama-sama lagi untuk sem akan dating.:)

Tahniah juga buat adik-adik lepasan SPM yang telah pun menerima mana-mana tawaran sambung belajar. TahniahJ
Mungkin ada yang masih belum membuat keputusan, untuk memilih bidang dan juga universiti.
Teringat pula sewaktu penulis dulu.
Penulis hampir mengambil bidang ‘engineering’, atas nasihat dan sokongan penuh ayah.
Memang ayah berharap penulis untuk ambil bidang yang sama dengannya.
Tetapi malangnya penulis tidak punya kelebihan dalam subjek fizik.
Tambah lagi minat juga tidak ada.
Alhamdulillah,Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Akhirnya bukan sahaja penulis dapat tawaran belajar di universiti pilihan hati,
Juga turut mendapat restu dari ayah dan bonda untuk mengambil bidang yang sangat penulis minati.
Keputusan SPM penulis juga menunjukkan yang penulis agak cenderung dalam bidang itu.

Jadi sebagai seorang senior, penulis sarankan agar adik-adik tersayang supaya,
dalam untuk membuat keputusan, kita perlu lihat dua perkara.
1.Kebolehan(ability) dalam sesuatu bidang
2.Minat(interest)
Adik-adik mungkin bernasib baik jika mempunyai kebolehan dalam bidang yang diminati.
Tetapi bagi mereka yang mungkin punya kelebihan dalam bidang yang tak diminati.
Atau sebaliknya.
Buatlah keputusan sebaik mungkin.
Berbincang dengan mereka yang punya pengalaman.
Dan solat istikharah, pohon doa, pinta petunjuk hanya kepadaNya.

Apa yang penting, dalam kita mencari ilmu ini adalah niat.
Niat yang juga membawa matlamat kita belajar.
Untuk apa sebenarnya kita belajar?
“Sebab nak dapat kerja best”
“Sebab nak gaji besar”
“Sebab mak ayah”
Jawapan-jawapan yang selalu kita dengar.
Tetapi bagi penulis,
jawapan yang paling tepat sebagai seorang muslim adalam biarlah hanya untuk Islam.

Apa pun bidang yang kita minati, ceburi.
Apa pun kerjaya pilihan kita.
Haruslah ada sumbangan buat Islam.
Itu yang penting.

Contohnya,
Jika ingin menjadi seorang pakar ekonomi.  Jadilah seorang pakar ekonomi yang mampu menaikkan kembali sistem ekonomi Islam.
Jika ingin menjadi seorang pakar IT. Jadilah seorang pakar IT yang mampu mereka cipta ‘software-software’ yang jauh lebih hebat untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah.

Bukankah semua itu menyumbang kepada Islam.
Ingat bukan sahaja kejayaan dunia ingin kita kecapi tetapi juga kejayaan akhirat.
Sesungguhnya kehidupan di akhirat itu kekal.
Biarlah segala usaha dan penat lelah di dunia membuahkan sesuatu buat kehidupan di akhirat.
Sebab itu, tiap apa usaha kita perlu disertakan niat yang betul agar mendapat keberkatannya.

Tidak rugi belajar bersungguh-sungguh hanya untuk Islam.
Percayalah Allah pasti akan membalas usaha itu.
Moga dengan sumbangan kita yang walau sedikit buat Islam yang tercinta, bakal memberi kredit kepada kita di akhirat nanti.
InsyaAllah.

Oleh itu, ayuh tetapkan matlamat kita untuk study.
Buat penulis sendiri, teman seperjuangan di UIA Gombak, adik-adik semua.:)
Biarlah hanya untuk Islam kita menuntut ilmu!