Tuesday, December 20, 2011

"Alhamdulillah, saya sayangkan mereka".


Assalamualaikum wbt my dear friends.
So, there is a long time, not to write something in my blog.
Penulis tergerak untuk berkongsikan sesuatu.
Berkongsikan tentang kasih sayang.
Kasih sayang yang semua orang inginkan.

Kenapa tiba-tiba nak kongsi tentang kasih sayang?
Sebab penulis terasa bahagia sangat saat ini.
Bahagia dengan kasih sayang yang ada.
Entahlah, bagi penulis kasih sayang itu subjektif.
Setiap orang menilainya dengan perspektif yang berbeza.

Tapi yang paling penting, bagi seorang Muslim, kasih sayang yang hakiki adalah kasih sayang Sang Pencipta.
Yakni Allah Yang Maha Penyayang.
Subhanallah.
Allah sendiri bersifat Ar-Rahman.
Tidak dapat digambarkan betapa hebatnya kasih sayang Allah.

Nak lihat sebahagiannya?
Segala nikmat yang diberi kepada kita.
Itu salah satu bukti kasih sayangNya.
Satu?
Makna nya banyak lagi bukti kasih sayang Allah yang mungkin kita tidak dapat lihat lagi.

MasyaAllah.
Banyak lagi bukti-bukti kasih sayang Allah selain daripada nikmat di dunia.

Disebabkan itu, Allah menyuruh juga hamba-hambaNya saling berkasih sayang antara satu sama lain.
Untuk apa kasih sayang itu, hanyalah untuk meraih redha juga cintaNya.

Indah bukan Islam itu?
Disuruhnya berkasih sayang, bukan saja dapat kasih sayang manusia, paling utama meraih kasih sayang dan cinta yang agung, yakni cinta Allah SWT.

Dan pada pendapat penulis, tanda kita menyayangi seseorang bukanlah dapat diukur dengan :
- berapa lama kita mengenalinya?
- berapa kali kita berjumpa dengannya?
- berapa kali kita memberinya hadiah?
Itu semua ukuran fizikal.
Lebih bermakna kasih sayang itu bila mana:
1. Kita mendoakannya dari jauh.
2. Kita mengambil berat tentangnya walau dia tidak tahu.
3. Kita berdoa kepada Allah agar sentiasa memanjangkan hubungan kasih sayang yang terbina.

Oleh itu, penulis ingin sentiasa mengingatkan diri penulis agar sentiasalah menyayangi sesama kita.
Lebih-lebih mereka yang telah Allah takdirkan bersama dengan kita.
Penulis teramat menyayangi insan - insan ini :
Ibu, ayah, adik-adik, teman-teman, ahli keluarga, cikgu, pensyarah, akak-akak senior, dan ramai lagi.
InsyaAllah bakal datang seorang suami.
Moga setiap rasa kasih dan sayang penulis kepada mereka ini hanyalah untuk satu tujuan.
Mendapat redha dan cinta ALLAH.

Thursday, December 1, 2011

Let’s be realistic!

Assalamualaikum wbt sahabat semua=)

Syukur ke hadrat Yang Esa atas setiap nikmat yang dikurnia buat kita semua.
InsyaAllah, post kali ini penulis ingin berkongsi sedikit apa yang telah dibaca.
Boleh lah click link di bawah ni, untuk baca artikel pilihan kali ini.
bila-cinta-putus-bila-cinta-ditolak-hilal asyraf
Artikel ini membincangkan soal realiti cinta ditolak atau putus cinta.
In short, it is about a reality of love.

Fitrah hati dan perasaan tidak dapat untuk kita nafikan.
Namun untuk kita mengorak langkah ke alam percintaan, adakah kita telah berani untuk menerima apa jua realiti yang bakal terjadi?
Soal untuk persiapkan diri dalam berhadapan dengan realiti bukanlah hanya dapat dilihat dalam skop cinta.
Tapi dari setiap sudut.
Bukankah setiap apa yang terjadi telah dirancang oleh Allah?
Jadi kita boleh katakana dalam kita untuk menerima qada’ dan qadar Allah kita perlu berfikiran realistik.
Kerana jika kita tidak boleh menerima keadaan yang terjadi, bagaimana dengan rukun iman kita yang ke-5 itu?yakni beriman kepada qada’ dan qadar.

Ok, ada yang masih lagi tertanya-tanya selain menerima qada’ dan qadar, apakah perkara lain yang menunjukkan kita perlu bersikap realistik?
Sebagai contoh, kita mengharapkan kesempurnaan dari seseorang. Pantang salah, pasti kita hukum dia.
Dimana realistik dan rational nya tindakan kita itu?
Setiap insan itu tidak sempurna, jadi setiap kekurangannya kita cuba untuk terima.
Tidak salah untuk kita tidak menyukai kekurangannya itu, tetapi jangan sesekali menghukum.

Selain daripada aspek kehidupan yang melibatkan perhubungan dan aktiviti social, realistik ini boleh diaplikasikan dalm kita untuk memahami corak kehidupan yang Allah telah takdirkan buat kita.
Mengapa mesti kita yang hadapi? Kenapa bukan orang lain?
Kenapa kita yang berada disini?Tidak orang lain?
Disini realistik diperlukan.
Hukum alam/dunia itu tidak kekal.
Sekejap kita suka, sekejap kita duka.
Kejap naik, kejap lagi turun pula.
Itu lumrah atau REALITI kehidupan.
Ukurkan sesuatu yang terjadi dengan penuh hikmah yakni melalui fikiran yang realistik dan rational.
InsyaAllah, setiap perkara yang baik dan buruk akan kita terima dengan hati yang lapang.
Hanya untuk mencari keredhaan Allah.
Pastinya andai kita redha dengan ketentuanNya, dengan izin Allah, redhaNya bersama kita.

Tak dapat dinafikan bukan mudah untuk kita sentiasa berlapang dada menerima segalanya.
Kita insan yang bukan maksum seperti para nabi dan sahabat.
Namun, janganlah jadikan ketidaksempurnaan kita sebagai manusia penghalang untuk kita berusaha
ke arah yang positif.

Penulis sendiri pernah tersungkur kerana tidak kuat mengharungi tiap-tiap ujian yang hadir.
Tapi, penulis cuba bangkit demi sedikit dan melihat realiti sebenar.

Realitinya terdapat dalam firman Allah :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.( Al-Baqarah:286)

Dari situ penulis tahu, ujian yang Allah bagi sebenarnya padan dengan daya penulis untuk menghadapinya.
Lihat, didalam al-Quran sendiri kita dapat realiti disebalik kehidupan kita.
Jadi, ayuh berusaha untuk lebih bersikap dan berfikiran realistik. =)