Monday, February 7, 2011

Ayuh sahabatku sayang...


Sahabat.
Amat berharga bagi diri penulis.
Kurniaan istimewa dari Illahi.
Selain daripada keluarga,sahabat antara pengaruh besar dalam hidup penulis.
Kasih dan sayangnya penulis pada sahabat-sahabat tak dapat nak gambarkan.
Bagi penulis,sahabat itu bukan bermakna orang luar,yakni yang tiada perhubungan keluarga.
Sesiapa saja boleh dikira sahabat.

Pastinya di uia penulis mempunyai ramai sahabat.
Nur Asilah,Nabilah Huda,Nur Adila,Nur Hanani,Noor Naema dan ramai lagi lah.
Maaf kepada sahabat yang lain kerana tak dapat nak sebutkan semua nama.
Mereka lah sahabat yang dipertemukan Allah di bumi uia.
Pasti sunyi hidup penulis di uia andai tiada mereka ini.




Selain sahabat di uia,penulis mempunyai tiga orang sahabat lagi.
Mereka jugalah sepupu penulis.
Nurul Ashikin,Nur Faeqgah dan Nurul Aliya.
Kami membesar bersama.
Ikatan kami tak ubah seperti adik-beradik.
Setiap kenangan tika di usia kecil kami rakamkan bersama.
Hingga lah kini,walau masing-masing membawa diri ke merata tempat,
namun kasih sayang kami tetap utuh.
Itulah nikmat ukhuwah yang Allah kurniakan buat kami berempat.



Dan seorang lagi sahabat penulis.
Adik penulis sendiri.
Nur Farihah Azwa.
Walaupun dia adalah adik kepada penulis,tapi penulis juga mengganggapnya sebagai sahabat.
Kerana kami sering bersama.
Berkongsi cerita bersama.
Dan semasa kanak-kanak,dia lah teman bergaduh dan bermain.
Begitu indah memori tika bersamanya hingga kini.
Penulis agak rapat dengannya daripada adik-adik yang lain mungkin kerana kami sebilik.
Banyak masa diluangkan bersama.




 
Kepada sahabat yang disayangi,
maafkan diri ini kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik.
harapan dihati,ingin mengajak kalian semua kearah kebaikan.
Bukan sahaja itu,sebagai seorang sahabat yang baik juga,akan sedaya upaya
menegur kesilapan sahabatnya.
Memberi nasihat.
Tapi diri ini begitu lemah.
Walau semangat dakwah membara.
Namun diri belum cukup kuat.
Penulis teringin benar hendak sahabat-sahabat kalian turut sama di jalan juang ini.
Mengharungi jalan juang sebagai hamba Allah.
Dan khalifah.
Kerana dua itu merupakan peranan terbesar kita.

Sahabatku sayang,
Bukalah matamu,
bukalah mindamu,
dan bukalah hatimu.
Untuk menyahut seruan juang ini.
Hidup kita bukan hanya untuk mengejar kejayaan dunia.
Tapi ingatlah kita masih ada akhirat.
Itu yang pasti.
Kehidupan yang kekal hanya di akhirat.

Sebab itu kita tak boleh melengahkan masa.
Kita tak boleh menghabiskan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah.
Lebih-lebih lagi kita yang masih muda.
Penuhilah tiap detik masa dengan suruhan Allah.
Dan jauhilah laranganNya.
Tidak payah hidup ini andai kita tahu tujuan hidup kita.

petikan lirik lagu Bingkai Kehidupan:
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Begitu bermakna tiap baris lirik itu.
Membara semangat juang ini.
Untuk apa?Untuk mengagungkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Sahabatku sayang,
Diri yang hina ini begitu banyak kekurangan.
Setiap insan punya kekurangan masing-masing.
Dan kerana itulah ukhuwah terjalin.
Untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Saling tegur-menegur sesama kita.
Nasihat-menasihati.
Indah benar ukhuwah jika disulami dengan amalan seperti itu.
Oleh itu ayuh kita wujudkan amalan nasihat-menasihati.
Tegur-menegur.
Dan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan.

Ayuhlah sahabatku sayang,
Sedarlah peranan dan tujuan kita hidup,
Janganlah leka dengan dunia,
Dunia itu sementara dan akhirat itu kekal.

Ayuhlah sahabatku sayang,
Turun berjuang,
Menegakkan kalimah Allah,
Pertahankan sunnah Rasulullah,
Tidak rugi atas kepayahan dan kesusahan yang bakal diterima,
Kerana jalan juang yang pahit bakal dihadiahkan dengan syurga yang manis,
Ingat janji Allah itu pasti,
InsyaAllah pengorbanan kita akan terbalas.

Ayuhlah sahabatku sayang,
Bersamalah kita di jalan juang ini,
Kerna diri ini tak kuat sendirian,
Mudah rebah ditiup angin kepayahan,
Mudah terjatuh dihempap kesusahan,
Selain memohon kekuatan dari Illahi,
Ku pinta jua sokongan sahabat handai.
Ayuh kalian,sama-sama kita mencari redha Allah.
Agar kita mampu berpimpin tangan melangkah ke syurga Allah kelak.
Amin.

1 comment: