Thursday, February 3, 2011

Bermula di UIA.


Tahu tak,penulis sangat sayangkan UIA.
Yakni tempat penulis menuntut sekarang.
Banyak sebab kenapa UIA sangat istimewa dimata penulis.

Dari dulu,penulis memang bercita-cita nak ke UIA.
Mungkin sebab nama UIA sendiri,ada perkataan ‘Islam’.
Dulu penulis teringin nak bersekolah aliran agama.
Kerana amat merindui suasana Islamiah yang sebenar.
Tapi tak kesampaian.
Tiada rezeki.
Tapi lihatlah sekarang.
Alhamdulillah.
Allah berikan rezeki yang lebih hebat.
Kini penulis bukan sahaja dapat menjejakkan kaki,malah akan menjadi penghuni di UIA buat beberapa tahun.
Akhirnya penulis dapat merasai suasana Islamiah.
Mungkin ada yang berpendapat,di UIA sendiri ada juga terdapat ‘debu-debu kotor’.
Tak dapat dinafikan,dimana-mana sahaja perkara-perkara yang tak diingini boleh terjadi.
Itu semua lumrah dalam menempuh kehidupan yang kini bercorak ‘jahiliah moden’.
Bagi penulis,bumi UIA itu tetap barakah.
Kerana walau kelihatan cacat dengan ‘debu-debu kotor’ tapi masih terdapat kecantikannya
dengan keindahan budaya Islam yang diamalkan.
Solat berjemaah.
Qiamulail.
Iftar.
Usrah.
Dan banyak lagi.Sehingga penulis tak dapat nak nyatakan.
Sebab itulah penulis amat menghargai tiap masa tika berada di UIA.




Di bumi UIA juga,penulis mengenali banyak perkara baru.
Baru bagi penulis.
Dakwah.Jihad.Perjuangan.
Entah bagaimana,penulis mula jatuh cinta dengan usrah.
Melalui usrah,penulis mempunyai semangat yang membara untuk turut serta di jalan juang.
Jalan juang yang mengenalkan penulis tentang tanggungjawab dakwah dan jihad.
Alhamdulillah,nikmat Allah lagi.
Kadang-kadang ada terasa diri tidak layak untuk turut serta di jalan juang yang mulia ini.
Kerana dosa-dosa lampau.
Tapi penulis sedar,keampunan Allah itu jauh lebih luas dari segalanya.
Penulis kuatkan juga semangat untuk melawan perasaan itu.
Dan mula menjinak-jinakkan diri dengan program-program tarbiyyah.
Yang boleh membimbing diri ini kearah jalan juang yang sebenar.
Bukan mudah untuk berjuang.
Perlu ada persiapan yang rapi.
Ilmu.Sokongan.Keyakinan.
Dan selebihnya kita mohon pada Allah,moga dipermudahkan urusan dan ditetapkan hati ini.



Penulis juga dapat merasai kemanisan ukhuwah tika berada di UIA.
Jalinan indah ini merupakan kurniaan Allah yang bernilai bagi penulis.
Penulis amat menyayangi ikatan yang terjalin ini.
Begitu terasa kasih sayang antara kami walau baru beberapa tahun berkenalan.
Seakan adik-beradik.
Moga ikatan ini membawa kami sama-sama di jalan juang.
Berpimpin tangan memikul amanah Allah.
Agar terbina lah suatu ikatan suci hanya kerana Allah.

Akhir kata.
Penulis berharap agar UIA bukan sahaja memberikan kenangan terindah dan pengalaman baru.
Tetapi menjadi titik bermulanya perjuangan penulis
Sebagai hamba Allah .
Khalifah yang sedaya upaya melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.
Bukan saja pada diri sendiri.
Juga untuk saudara-saudara seIslam di luar sana.
InsyaAllah.

5 comments:

  1. tmah, syukron kathira sbb dgn entry awk kt sedar jugak yg kt pun bertuah. sekurang kurangnya kt dipilih utk berada dalam bi'ah solehah...indahnye kann kann

    ReplyDelete
  2. afwan sahabatku syg...
    itu cuma luahan hati kte mengenai uia.
    sememangnya uia amat bermakna pd kte..:)
    moga kte dpt sme2 berusaha mnjdi antara pemangkin bi'ah solehah walau dimana shj,terutama skali di uia..:)

    ReplyDelete
  3. uia ngn uitm....berbeza..
    seronoknye penulis...

    ReplyDelete
  4. nani:amin..:)
    kent:mungkin uia dengan uitm brbeza tapi percayalah peluang seperti itu pasti ada.
    walau kat mana2.
    yang penting niat dan usaha kita.
    Brdoa pd Allah agar temukan kita dengan sahabat-sahabat yang boleh membawa kita ke arah kebaikan.
    Dan moga Allah kurniakan kita peluang untuk merasai suasana Islamiah yang sebenar.
    I'Allah,andai niat kita tulus,Allah pasti akan membantu hambaNya.
    Yakinlah dengan pertolongan Allah.
    Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah..:)

    ReplyDelete