Wednesday, February 2, 2011

Kembali padaNya.




Assalamualaikum WBT.
Terlintas tajuk di atas tika penulis berada didalam kereta,dalam perjalanan ke kuala terengganu.
Mungkin kerana banyak mendengar lagu nasyid berunsurkan keinsafan.
Entah kenapa,hati ini mudah sebak tiap kali mendengar perkataan seperti 'taubat' dan 'insaf'.
Mungkin kerana kisah masa lampau.
Masa lampau yang amat gelap.
Hinggakan tak sanggup untuk mengingatnya kembali.
Namun syukur ke hadrat Illahi,dengan itu diri ini kembali padaNya.
Menginsafi segala dosa-dosa lalu.
Dan kini memohon keampunan Yang Maha Esa.
Menagih kasihNya.
Mengharapkan rahmatNya.
Hingga kini,tak dapat nak gambarkan betapa hati ini bersyukur.
Syukur teramat sangat.
Dengan sekembalinya diri ke jalan yang benar.
Allah telah kurniakan cahaya tika diri kegelapan.
Allah masih menyayangi hambaNya walau dosa ibarat pasir di pantai.
Begitu banyak dosa.
Tapi sedarilah keampunan Allah amat luas.
Tersedar dari kesalahan dan bertaubat merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan.
Kerana berapa ramai di luar sana yng masih tidak sedar dengan kesalahan dan kesilapan diri.
Dan masih lagi tercari-cari jalan kebenaran.
Moga taubat yang terlaksana adalah taubat nasuha.
Benar-benar menginsafi diri yang hina ini.
Meratap dan menghina diri di hadapan Illahi.
Memohon keampunanNya.

Sahabat yang disayangi,
Sama-samalah kita muhasabah diri.
Sempurnakah segala amalan kita selama ini?
Bagaimana pula dosa-dosa yang kita lakukan setiap hari?
Tidakkah kita terfikir kehidupan akhirat?yakni kehidupan yang kekal abadi.
Mengapa terlalu mengejar dunia?
Kerjaya yang hebat.
Duit yang banyak.
Jawatan/pangkat yang tinggi.
Dan pelbagai lagi yang berunsurkan keduniaan.

Apa yang harus dilakukan?
Hanya satu.
Kembali padaNya.

"Wahai tuhan,ku tak layak ke syurgaMu.
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.
Ampunkan dosaku,terimalah taubatku.
Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar"

2 comments:

  1. masa silam...
    masa kegelapan...
    masa sekarang..
    masa perubahan...

    ReplyDelete
  2. kent:betul tu..:)
    apa yang dah lepas,biarkan berlalu.
    yang penting masa sekarang.
    Masa untuk kita kembali ke jalan benar.
    Berusaha mencari keredhaan dan keampunan Allah.

    ReplyDelete