Saturday, September 17, 2011

Belajar untuk menerima takdir


 Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang sentiasa mengurniakan kasih dan sayangNya kepada kita semua.
Hanya tinggal kita untuk berusaha sebaik mungkin untuk menghargai kasih sayangNya.
Moga kita sentiasa berusaha membaiki diri dari hari ke hari.

Setelah 2 bulan lebih pelajar-pelajar UIA bercuti, kini kami kembali semula.
Kembali pada semester yang baru.
Tak dapat dinafikan, pada awal semester ini lah adalah waktu paling sibuk.
Pelbagai urusan hendak diselesaikan.

Post kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit apa yang penulis lalui sejak-sejak ini.
Sejujurnya, penulis tidak langsung menyiapkan diri untuk menghadapi semester baru ini.

Banyak juga perkara yang tidak diingini berlaku dan tidak sangka berlaku sejak kebelakangan ini.
Dan penulis melalui semua perkara itu dengan agak payah.
Tambah pula, penulis ini seorang yang tidak pandai untuk berkongsi masalah dengan kawan-kawan.
Hanya tahu memendam.
Sebab itu hati yang menanggung ini terasa berat.

Pertama sekali, soal pembelajaran penulis.
Penulis terasa tidak selesa dengan beberapa kelas dan pensyarah pada semester kali ini.
Mungkin itu hanya pandangan pertama penulis.
Penulis belum boleh untuk membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.

Keduanya, penulis harus melupakan beberapa angan-angan penulis selama ini.
Kerana penulis rasa tidak sepatutnya penulis punya angan-angan kosong.
Penulis harus berdepan dengan realiti daripada terus mencipta fantasi yang belum pasti terjadi.
Inilah takdir yang perlu diterima.
Mungkin bagi kita buruk, tapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui bahawa semuanya adalah yang terbaik buat kita.

Penulis kini sedang belajar untuk menerima takdir.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Cuma kita yang perlu bijak menilai takdir Allah itu.
Moga Allah sentiasa akan membantu langkah ini dalam perjuangan menimba ilmu di bumi UIA.

1 comment:

  1. Hi my friends.hope you will visit my blog enjoy the information.click the adsense for more information http://www.tourismopportunity.blogspot.com/

    ReplyDelete