Sunday, February 5, 2012

Jom muhasabah kejap #2

Assalamualaikum wbt sahabat yang disayangi kerana Allah SWT.

Alhamdulillah syukur masih bernyawa hingga ke saat ini.
Hingga ke hari ini, tanggal 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah.
Eh, macam familiar kan tarikh tu?
Itu lah tarikh kelahiran junjungan mulia seluruh umat Islam yakni Nabi Muhammad SAW.


Betapa tarikh bersejarah ini amat bermakna buat kita semua.
Selain menghayati dan mengingati perjuangan baginda Rasulullah SAW, sempena menyambut maulidul rasul kita disarankan perbanyakkan selawat ke atas baginda dan mengamalkan sunnah baginda.

Tapi persoalan yang sering dilupakan ialah adakah hanya pada tarikh itu sahaja?
Bagaimana hari-hari kita yang lain?
Takkan kita hanya mengingati Rasulullah SAW hanya pada hari kelahiran baginda?
Sedangkan baginda menghabiskan seluruh saat hidup baginda untuk kita semua?

Cinta dan kasih baginda kepada kita tiada tolok bandingannya.
Salahkah andai kita juga menzahirkan rasa cinta kepada baginda yang telah banyak berkorban dalam menyampaikan Islam.

Ayuh sahabat sayang,
Hargailah kasih sayang baginda,
Andai belum ada rasa sayang itu, selami pengorbanan baginda buat kita.
Bagaimana kasihnya seorang nabi kepada umatnya apabila di saat kesakitan menghadapi sakaratul maut pun Rasulullah SAW masih lagi mengingati kita dan risau akan kita.

Menjadi kewajipan untuk kita mengingati baginda setiap saat kita.
Yakni dengan menerapkan setiap aspek kehidupan kita dengan sunnah Rasulullah SAW.

Bukankah kita tahu bahawa insan teragung bernama Nabi Muhammad SAW merupakan ikon terhebat dan terbaik dari setiap sudut kehidupan ini.
Sebagai seorang pemimpin.
Seorang suami.
Seorang bapa.
Seorang murabbi.
Seorang sahabat.
Dan banyak lagi.

Begitu indahnya kehidupan seorang Muslim itu, selain mematuhi peraturan Allah SWT, sunnah Rasulullah SAW juga menjadi amalan harian.
Subhanallah.

Itu yang harus kita ingat selalu.
Jadilah umat baginda Rasulullah SAW setiap saat.
Ayuh menyambut Maulidul Rasul setiap hari!
Salam maulidul rasul.


No comments:

Post a Comment