Friday, March 11, 2011

Aku ingin turut bersamamu.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah di atas setiap nikmatNya yang dikurniakan setiap saat pada diri ini. Juga pada muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk bumi ini.
Sejak akhir-akhir ini, penulis merasa sedih dan kecewa dengan persembahan ibadah penulis sendiri. Mungkin kesibukan sebagai seorang pelajar yang hampir melalaikan diri ini.
Namun,syukur kepada Illahi kerana masih diberi kesedaran. Penulis masih sedar dengan penurunan kualiti ibadah yang berlaku. Bagaimana jika Allah tidak mengizinkan penulis untuk sedar? Mungkin penulis akan terus lalai dan lalai.Nauzubillah. Jangan lah sampai ke tahap itu. Bak kata seorang akak usrah, iman itu menurun dan menaik sifatnya. Tapi jika ia turun, janganlah biarkan saja. Ambil tindakan secepat mungkin agar tidak menjadi teruk.
Sama lah apa yang berlaku pada diri penulis. Penulis dapat rasa bahawa iman penulis semakin menurun tapi Alhamdulillah diberi petunjuk oleh Allah agar segera menyelamatkannya. Diri ini juga tersedar dari lamunan selepas saja pulang dari mendengar forum pada malam Jumaat yang lalu.
Forum bertajuk “The experience with the real victim of mavi marmara”. Forum ini adalah bersempena Al-Quds Week yang diadakan di UIA pada minggu lepas. Salah seorang panel forum ini adalah Tn Hj Noorazman. Dan pastinya sahabat-sahabat semua kenal insan ini bukan?


Alhamdulillah,forum ini begitu memberi kesedaran kepada kita semua yang mudah sangat lupa dengan kesengsaraan saudara-saudara di Palestin. Sedarlah kita,bahawa kita hanya akan ingat pada mereka apabila berlakunya tragedi. Selepas itu,kita akan lupa dan langsung tidak ambil peduli.
Jika pada saat heboh kisah ‘Mavi marmara’,hampir semua pakat boikot barang-barang Israel.
Tapi sekarang?Saat ini?Adakah kalian masih boikot?
Jika ya,Alhamdulillah masih kuat pendirian kalian.
Jika tidak,cuba lah tanya pada diri sendiri,apakah perasaan saudara-saudara kita yang menderita di sana sedangkan kita enak menikmati barangan keluaran Israel?
Letakkan diri kita di tempat mereka?tertanggungkah kita dengan penderitaan itu?
Persoalan-persoalan ini juga dituju pada diri penulis sendiri.
Kerana tidak dapat dinafikan,diri ini juga kerap lupa akan itu.
Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tahu tentang hal-hal umat Islam sedunia.
Lebih-lebih lagi yang berada di bumi suci Palestin.Yakni bumi para anbia pada masa dahulu kala.Andai benar cinta kita ini hanya pada Allah,Rasul dan Islam pastinya membara semangat dihati tak kala melihat penderitaan di Palestin saat ini.
Secara peribadinya, penulis amat mengagumi para sukarelawan yang rela menyerahkan seluruh jiwa demi agama Allah. Mereka yang sanggup meredah bahaya,bergadai nyawa untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Sungguh murni hasrat mereka,ya Allah. Penulis teringin benar untuk turut sama dalam perjuangan mereka. Dan sesungguhnya mereka itu bukan sahaja menyeru suruhan Allah juga melaksanakan sunnah Rasul yakni berjuang demi Islam.
Andai umur terhenti tika di perjuangan, InsyaAllah moga Allah kurniakan syahid buat mereka.
Salah seorang yang penulis amat kagumi adalah Tn Hj Noorazman.  Dari kejernihan wajahnya dan kepetahan kata-katanya amat memberi inspirasi pada penulis. Semangatnya yang tak pernah pudar untuk membantu rakyat Palestin,memberi semangat yang luar biasa kepada penulis. Penulis amat tersentuh dengan pesanan beliau ketika di forum.
Katanya: My dear brothers and sisters, after this forum please do these five things :
1.       Make a promise to Allah to free Al-Quds.
2.       Help to spread awareness about Palestine issue and boycott Israel’s products.
3.       Try the best to provide some fund for any Palestine’s projects.
4.       Always pray to Allah
5.       Improve ourselves,family,society and environment.
Inilah kelima-lima pesannya kepada semua brothers and sisters.  Beliau begitu mengharapkan sebenar-benar kesedaran daripada golongan muda seperti kita.
Kerana I’Allah dengan tenaga dan fikiran para pemuda pemudi Islam yang bersatu padu bakal mengwujudkan satu biah solehah yang kuat. Tambah pula,kita ini bakal pemimpin suatu hari nanti.Alangkah indahnya dunia,jika Islam tertegak megah di merata dunia. Seperti zaman kegemilangan Islam dahulu kala. Contohnya pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh.Tahukah kalian semua,pada umur berapakah beliau berjaya menawan kota Konstinopel? Pada usia semuda kita inilah,dia berjaya mengetuai beribu para tentera menawan kota yang hebat itu.
Oleh itu,ayuhlah kita sama-sama dalam perjuangan membebaskan al-Quds.
Jangan biarkan saudara-saudara kita di sana,berjuang sendirian.
Katakanlah pada mereka, “Aku ingin turut bersamamu”.


Walau sedikit usaha kita,percayalah dimata Allah begitu besar nilainya.
Dan janganlah sesekali mengaku kalah dengan hadirnya ujian dan dugaan.
InsyaAllah,tak akan sia-sia perjuangan kita ini. Bak kata Tn Hj Noorazman, andai kita telah memilih perjuangan ini,sebenarnya kita telah memilih untuk menjadi pemenang. Kerana janji Allah,bahawa Islam pasti akan menang!
Takbir!Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment