Saturday, March 26, 2011

Itu bukan alasan.


Alhamdulillah. Sukur yang teramat tinggi ke hadrat Illahi,kerana terus menerus memberikan diri ini nafas juga ilham untuk menerukan penulisan ini.InsyaAllah hanyalah dengan tujuan untuk menyampaikan.
Kali ini,penulis ingin mengajak kalian semua untuk muhasabah diri sebentar.
Sedarkah kita, sepanjang menjalani kehidupan seharian,kita kerap mencipta alasan.
Tanpa kita sedari,banyak perkara yang tidak kita lakukan dengan sempurna/sungguh-sungguh hanya kerana alasan yang kita sendiri menciptanya.
Banyak contoh yang dapat kita lihat.
Ramai muslimin juga muslimat yang sedar akan tanggungjawab menyampaikan ajaran Islam yakni berdakwah namun tidak mahu melakukannya. Kerana kebanyakan jawapan yang kita dengar:
“Saya tak layak,ilmu pun tak banyak”.
“Dah ada ramai pendakwah,cukuplah”.
“Itu bukan bidang saya”.
Itu bukan alasan,wahai sahabatku.
Itu bukan alasan untuk kita tidak berdakwah.
Jika ilmu kurang, carilah ilmu. Adakah Allah melarang kita untuk mencari ilmu? Malah suatu kewajipan.
Jika sudah ramai pendakwah, tidak salah andai kita meramaikan lagi. Barulah tertegak Islam itu.
Jika dakwah bukan bidang yang kita pilih, pilih lah bidang yang kita minat untuk ceburi.Ingat skop dakwah itu luas, bukan bermakna untuk berdakwah kita dilarang untuk memilih bidang lain.    Bukankah boleh seorang doktor itu berdakwah. Bukankah boleh seorang jurutera itu berdakwah.
Lihat. Sudah penulis katakan semua itu bukan alasan kita untuk melepaskan tanggungjawab berdakwah.
Dengan hanya contoh dakwah itu tadi, kita boleh aplikasikan konsep yang sama untuk semua perkara yang lain.
Untuk apa kita mencipta alasan,sahabatku?
Adakah ada kebaikan disitu?Ataupun dapat pahala?
Tidak bukan?
Apalah salahnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuatu perkara itu.Andai kita tak dapat natijahnya(hasil),sekurang-kurangnya ada ganjaran yang bakal kita dapat daripada usaha ikhlas itu.
Apa yang penting bukanlah hasil,kerana setiap hasil itu hak Allah untuk memberi atau tidak.
Dan jangan dilihat hasil yang tersurat,gunakan lah akal sihat pemberian Allah untuk meneliti hasil yang tersirat disebalik usaha terlaksana.
Jadi apa kita perlu lakukan?Usaha.Usaha yang sungguh-sungguh dan ikhlas.
Bukan mencipta alasan yang langsung tidak memberi faedah apa-apa.
Mengapa soal ini penting,sahabatku?
Kerana,cuba kita fikirkan saat kita berdepan dengan Allah kelak.
Suatu yang pasti kita lalui nanti.
Adakah kita boleh mencipta alasan untuk menutup segala kelalaian kita?
Atau membebaskan kita daripada perhitungan di atas dosa-dosa yang kita lakukan?
Tidak sama sekali.Tidak ada peluang langsung ketika itu untuk kita mencipta alasan.
Oleh itu,sahabat kalian,berhentilah mencipta alasan.
Ayuh sama-sama usaha sebaik mungkin.
Semaksima yang boleh.
Tak rugi kita berusaha.
Andai rasa gagal atau jatuh,jangan berputus asa untuk berusaha.
Usaha.
Usaha.
Dan usaha.
Sudah jelas usaha itu tidak rugi.
Malah hasilnya nanti memberi manfaat pada kita.
Jika tidak didunia,di akhirat nanti.Percayalah janji Allah.

No comments:

Post a Comment