Thursday, April 21, 2011

Hargai tiap detik masa.


Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah teramat sangat dipanjat ke hadrat Illahi.
Penulis amat bersyukur dengan tiap detik masa yang Allah kurniakan.

Cuma persoalan nya sekarang,bagaimana kita mengisi masa itu?
Secara peribadinya, terkadang diri ini juga tidak menggunakan masa dengan sebaiknya.
Dengan izin Allah,Dia campakkan rasa sedar kedalam hati ini.

Begitu ruginya diriku selama ini.
Menghabiskan masa begitu sahaja.
Dengan perkara yang sia-sia.
Astagfirullah.
Astagfirullah.
Astagfirullah.

Sedarkah kita tiap masa sebenarnya amat bernilai?
Sesungguhnya masa itu milik Allah,dan Dia berikan peluang untuk kita manfaatkan
masa itu sebaiknya.
Tetapi apa yang kita lakukan?
Kita tidak sama sekali menggunakannya dengan tujuan ke arah cinta kepada Allah.
Ke arah kecemerlangan ummah dan Islam sendiri?

Walau hanya dengan menyapu sampah di hadapan rumah, sudah cukup manfaat masa kita itu.
Atau pun, duduk di rumah sambil membaca bacaan-bacaan Islami, kita sudah dikira memanfaatkan masa.
Bukan sukar untuk memanfaatkan masa.
Lawan sikap malas.
Gerakkan diri melakukan perkara bermanfaat.
Dan ikhlas.
InsyaAllah,moga Allah permudahkan kita.

Soal ini nampaknya dianggap remeh oleh sesetengah orang.
Benarkah perkara ini begitu remeh?
Mari kita sama-sama baca sabda Rasulullah ini:
Daripada Abi Barzah al-Aslami r.a. daripada Nabi SAW, sabdanya,
“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya
di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal
tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan,
dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada
perkara apakah ia dibelanjakan dan juga tentang
tubuh badannya pada perkara apakah ia dihabiskan kemudaan
dan kecergasannya?”

Jika masa kita, terutama masa muda kita dihabiskan dengan sia-sia,
modal apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah kelak?
Sungguh rugi kita pada saat itu.
Nauzubillah.

Tiada seorang pun yang ingin perkara itu berlaku bukan?
Jadi,sama-samalah kita muhasabah diri.
Buat sahabat kalian juga turut ditujukan kepada diri sendiri,
hargailah masa yang ada,
Allah telah amanahkan masa kepada hambaNya
untuk digunakan dengan sebaiknya,
rebutlah peluang pahala yang sangat meluas depan mata
hanya dengan manfaatkan masa kita.

3 comments:

  1. :)
    timah ni blog kt www.hananinmh.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. waahh kalau cakap pasal masa, time cuti2 sem mcm ni lah boleh recall balik apa yang patut kite buat. tmah rancang ape cuti nih? buku2 sejarah pasal pejuang islam tu tmah dah berjaye khatamkan? hehe

    ReplyDelete
  3. hehe blum khatam lg..otw hbskn...rancang?mula2 ingt nk join pape progsm lau ade..tp dah ade kat rumah,pyh skt nk kuar..mcm lg ske duk rumah..biase r,wat keje rumah je byk...

    ReplyDelete