Friday, May 6, 2011

Biarlah hanya untuk Islam.






Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana masih terus-menerus dikurniakan rezeki dari Illahi.Rezeki yang melimpah ruah.
Syukur juga atas keputusan untuk sem yang pertama,walau masih belum cukup hebat namun Alhamdulillah dengan keputusan yang diperoleh. Syukur dan redha dengan rezeki Allah.

Juga ingin ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada semua teman seperjuangan di UIA Gombak,di atas keputusan mereka . Penulis yakin keputusan mereka tidak kurang hebatnya.
Moga kita dapat belajar bersama-sama lagi untuk sem akan dating.:)

Tahniah juga buat adik-adik lepasan SPM yang telah pun menerima mana-mana tawaran sambung belajar. TahniahJ
Mungkin ada yang masih belum membuat keputusan, untuk memilih bidang dan juga universiti.
Teringat pula sewaktu penulis dulu.
Penulis hampir mengambil bidang ‘engineering’, atas nasihat dan sokongan penuh ayah.
Memang ayah berharap penulis untuk ambil bidang yang sama dengannya.
Tetapi malangnya penulis tidak punya kelebihan dalam subjek fizik.
Tambah lagi minat juga tidak ada.
Alhamdulillah,Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Akhirnya bukan sahaja penulis dapat tawaran belajar di universiti pilihan hati,
Juga turut mendapat restu dari ayah dan bonda untuk mengambil bidang yang sangat penulis minati.
Keputusan SPM penulis juga menunjukkan yang penulis agak cenderung dalam bidang itu.

Jadi sebagai seorang senior, penulis sarankan agar adik-adik tersayang supaya,
dalam untuk membuat keputusan, kita perlu lihat dua perkara.
1.Kebolehan(ability) dalam sesuatu bidang
2.Minat(interest)
Adik-adik mungkin bernasib baik jika mempunyai kebolehan dalam bidang yang diminati.
Tetapi bagi mereka yang mungkin punya kelebihan dalam bidang yang tak diminati.
Atau sebaliknya.
Buatlah keputusan sebaik mungkin.
Berbincang dengan mereka yang punya pengalaman.
Dan solat istikharah, pohon doa, pinta petunjuk hanya kepadaNya.

Apa yang penting, dalam kita mencari ilmu ini adalah niat.
Niat yang juga membawa matlamat kita belajar.
Untuk apa sebenarnya kita belajar?
“Sebab nak dapat kerja best”
“Sebab nak gaji besar”
“Sebab mak ayah”
Jawapan-jawapan yang selalu kita dengar.
Tetapi bagi penulis,
jawapan yang paling tepat sebagai seorang muslim adalam biarlah hanya untuk Islam.

Apa pun bidang yang kita minati, ceburi.
Apa pun kerjaya pilihan kita.
Haruslah ada sumbangan buat Islam.
Itu yang penting.

Contohnya,
Jika ingin menjadi seorang pakar ekonomi.  Jadilah seorang pakar ekonomi yang mampu menaikkan kembali sistem ekonomi Islam.
Jika ingin menjadi seorang pakar IT. Jadilah seorang pakar IT yang mampu mereka cipta ‘software-software’ yang jauh lebih hebat untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah.

Bukankah semua itu menyumbang kepada Islam.
Ingat bukan sahaja kejayaan dunia ingin kita kecapi tetapi juga kejayaan akhirat.
Sesungguhnya kehidupan di akhirat itu kekal.
Biarlah segala usaha dan penat lelah di dunia membuahkan sesuatu buat kehidupan di akhirat.
Sebab itu, tiap apa usaha kita perlu disertakan niat yang betul agar mendapat keberkatannya.

Tidak rugi belajar bersungguh-sungguh hanya untuk Islam.
Percayalah Allah pasti akan membalas usaha itu.
Moga dengan sumbangan kita yang walau sedikit buat Islam yang tercinta, bakal memberi kredit kepada kita di akhirat nanti.
InsyaAllah.

Oleh itu, ayuh tetapkan matlamat kita untuk study.
Buat penulis sendiri, teman seperjuangan di UIA Gombak, adik-adik semua.:)
Biarlah hanya untuk Islam kita menuntut ilmu!

No comments:

Post a Comment