Tuesday, April 19, 2011

Hati dan fitrah.


Assalamualaikum sahabat sekalian. Alhamdulillah,segala puji ke hadrat Allah. Diberi segala jenis nikmat yang tidak terhingga hebatnya.
Sudah lama rasanya penulis tidak meluangkan masa untuk penulisan blog. Mungkin kesibukan musim peperiksaan. Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar. Usaha,doa dan tawakal ;formula untuk menghadapi peperiksaan.Kini semua pelajar-pelajar UIA sedang bercuti.:)
Kali ni saya berminat untuk berbincang soal hati. Bukan secara menyeluruh, tetapi lebih spesifik. Apa yang ingin saya kaitkan adalah hati dan fitrah. Fitrah perasaan. Tak dapat dinafikan perkara ini bukan? Lebih-lebih di usia muda. Pastinya fitrah itu hadir dalam hati tiap insan di muka bumi ini.
Namun ada satu hakikat yang mungkin kita sedar atau tidak sedar. Hakikat bahawa fitrah yang tidak mampu dikawal boleh mematikan hati. Bagaimana?
Cuba fikirkan,jika fitrah yang dipandu oleh nafsu,akan menyebabkan hati mati dari mengingati Allah.
Kerana mengingati atau merindui si dia sudah dikira zina hati.
Tak perlu berjumpa, sudah terlibat dengan maksiat.
Dengan hati penuh maksiat bagaimana untuk kita mengingati Allah?
Ibadah dan amal kita semuanya?
Habis tercalar.
Nauzubillah.
Jauhkan lah dari semua itu.

Jangan.
Jangan jadikan fitrah yang tidak bersalah itu membunuh hati kita.
Oleh itu, kita lah yang perlu memainkan peranan sebaiknya.
Kerna kita telah dikurniakan akal oleh Allah.

Tak dapat dinafikan, bukan senang untuk lakukan.
Itu lah pentingnya mujahadah.
Mujahadah dalam menjaga hati hanya untuk Allah.
Ingat bahawa keperitan yang dilalui dalam mujahadah bakal dikurniakan kebahagiaan.
Tidak sia-sia melalui payah dan susah selagi kita teguh di jalan Allah.

Setelah sedaya upaya bermujahadah, 
banyakkan berdoa pada Allah.
Pinta kekuatan hati.
Pohon kesabaran yang teguh.
KepadaNya lah kita kembali bertaut kasih.
InsyaAllah masa untuk kita mendirikan rumah tangga akan tiba jua.
Dan biarlah ikatan perkahwinan yang terjalin bukan kerana fitrah semata-mata
Tetapi demi Allah.
Dimana kita perlu menyayangi seseorang kerana Allah.
Bukankah, dua orang yang berkasih kerana Allah merupakan salah
satu golongan yang akan dinaungi di akhirat kelak.
Subhanallah.

Penuhilah hati dengan ilmu secukupnya untuk bersedia melalui bahtera cinta bersama dengan jodoh pilihan Allah buat kita nanti.
Moga Allah teguhkan hati ini untuk sabar menanti kebahagiaan dunia yang bakal membawa bahagia yang kekal abadi di syurga kelak.
Dan juga menghadirkan seseorang insan yang teguh di jalan juang Allah buat kita.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cinta padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku jatuh hati pada insan yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu,
Ya Rabbul izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu,
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampui batas  sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu,
Amin YaRabbal alamin..

2 comments:

  1. fuwwahh..mujahdah mmg indah..tapi susah :(

    ReplyDelete
  2. btol nani...mmg susah sbb itu fitrah..xpe,insyaAllah kte boleh...kte kne kuat..mn tahu,berkat mujahadah ni,Allah bls dgn kebahagiaan brsm seorg pejuang agama..^^

    ReplyDelete