Friday, August 19, 2011

Ayuh Jadi Anak Baik



Assalamualaikum wbt

Salam ramadhan buat semua sahabat. Sedar tak sedar, kita sudah nak masuk 10 Ramadhan terakhir.

Jadi apa lagi rebutlah peluang yang Rasulullah khabarkan, iaitu rebutlah 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan. Berdoa sungguh-sungguh agar dipertemukan LailatulQadar buat kita pada Ramadhan kali ini. Siapa tahu ini Ramadhan terakhir kita.

Kali ini penulis berminat untuk bicara soal status kita sebagai seorang anak. Pastinya semua tahu bahawa ibu dan ayah itu merupakan harta yang teramat bernilai yang dikurnia Allah buat kita.

Tetapi apa kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebaiknya?

Penulis amat tersentuh dengan drama ‘Janji Syurga’ yang disiarkan di Astro baru-baru ini. Kisah seorang lelaki yang menghabiskan hayatnya dengan menjaga ibunya. Dia sanggup tidak mendirikan rumah tangga hanya untuk menjaga ibunya. Padahal dia punya adik beradik yang lain. Namun kerana kasihnya anak ini kepada ibunya, dia sanggup berkorban apa sahaja.

Aduhai, alangkah indah dunia ini dihiasi dengan jutaan anak-anak soleh seperti itu.
Mungkin kita tak nampak ganjaran yang zahir di depan mata dengan menjaga seorang ibu.
Atau mungkin kita tidak akan dapat limpahan emas bertaburan di depan mata kita.
Tapi ingatlah berkatnya menjaga kedua orang tua bukan sahaja diperolehi di dunia juga di akhirat.

Penulis ingin berkongsi satu cerita, dibaca daripada buku ‘Dasyatnya Doa Ibu’.


Mungkin hanya ringkasan cerita sahaja.

Terdapat dua beradik, si abang ini seorang yang baik dan soleh. Sentiasa beramal ibadah.
Namun si adik ini amat berbeza sekali peribadinya. Hidupnya sentiasa diselubungi maksiat.
Si ibu amat sedih akan keadaan si adik itu. Hampir setiap hari dia berdoa buat anaknya itu agar kembali di jalan yang benar.
Pada satu hari, si adik ini telah mendapat petunjuk dengan izin Allah. Dari rumah pelacuran, dia telah pulang ke masjid untuk mencari abangnya.
Si abang pula, tiba-tiba tergerak hati untuk mencari adiknya di rumah pelacuran. Dia tidak tahu bahawa adiknya telah berubah.
Namun malangnya, si abang itu tewas dengan hawa nafsunya sendiri. Dia telah pun melakukan maksiat dengan salah seorang pelacur di situ.
Dengan kuasa Allah, pada saat itu telah terjadi kejadian gempa bumi.
Setelah kejadian itu, si ibu dikhabarkan bahawa kedua orang anaknya telah mati.
Apa yang memeranjatkannya, mayat si abang ditemui dalam keadaan yang memalukan bersama seorang wanita.
Manakala mayat si adik ditemui dalam keadaan sedang memeluk al-Quran.
Barulah si ibu sedar, mengapa hanya si adik yang mati dalam keadaan yang baik kerana selama ini dia hanya mendoakan si adik, tidak buat si abang.
MasyaAllah betapa dasyatnya doa seorang ibu. Sehingga boleh menentukan takdir kita hingga ke akhirnya.

Sesungguhnya daripada Ibnu Majah:
Rasulullah SAW pernah bersabda  
Maksudnya: “Doa ibubapa untuk anaknya menembusi hijab”.

Oleh itu,jangan main-main dengan kata-kata apatah lagi doa yang keluar dari mulut seorang ibu atau ayah.
Memang benar kita tidak mampu untuk membalas semua jasa mereka tetapi banyak perkara yang buatkan kita mampu untuk berbakti kepada mereka.
Contohnya :
1.       Mendoakan buat mereka keampunan Allah dan kebahagiaan dunia akhirat.
2.       Meringankan beban mereka.
3.       Menjaga mereka ketika sakit atau tua.
4.       Menghargai mereka dengan apa cara sekali pun.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan buat ibu dan ayah kita.
Hargai lah mereka selagi hayat mereka ada.

Ayuh ambil pengajaran dari berita ini.


Seorang pelajar berusia baru 17 tahun telah merancang satu penculikan dirinya sendiri bersama kekasihnya. Gadis ini telah mengugut ibu bapanya dengan sejumlah wang yang banyak. Kes ini berlaku berhampiran dengan kawasan rumah penulis.
Sungguh tergamak si anak memperlakukan ibu dan ayahnya sendiri seperti itu. Tambahan lagi dalam bulan yang mulia ini.
Dikhabarkan kepada penulis, semasa kes ‘penculikan’ itu terjadi, si ibu ini telah berusaha menyiarkan gambar anaknya di merata tempat termasuk di stesen TV, radio dan surat khabar.
Lihatlah betapa seorang ibu itu menyayangi anaknya. Berusaha habis-habisan untuk mencari puteri kesayangannya. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya? Si anak itu sendiri yang merancang penculikan dan memeras ugut ibu dan ayah sendiri.

Nauzubillah.

Janganlah kita jadi seperti itu.

Sesungguhnya tanggungjawab seoarang anak kepada ibu bapanya amatlah dihitung oleh Allah.
Sedangkan tika kita bersolat sunat perlu berhenti jika ada panggilan ibu atau ayah buat kita.
Betapa Allah memuliakan tanggungjawab kepada ibu dan ayah daripada ibadah sunat.

Sama-sama muhasabah diri dan ayuh jadi anak baik=)
*Penulis ingin berkongsi satu cerpen yang berkisahkan ibu. Hayati cerpen ini :)


4 comments:

  1. Pasni... Jangan malas2 lagi kalau mak minta tolong... Ingatan buat diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. arul:lepas ni tak yah cuak2.yg penting kita patuh dan taat pada mak ayah.jd anak soleh.insyaAllah hidup kita tak cuak lg=)
    bella:betul tu,bila rasa malas nk tolong mak ayah cuba ingat balik tu semua tanda bakti kita.bila lagi kita nak berbakti pd mereka?buatlah semampu boleh=)

    ReplyDelete
  3. selagi mereka masih hidup...gunakan sebaik mungkin.

    ReplyDelete