Sunday, January 29, 2012

Jom muhasabah kejap #1


Assalamualaikum wbt.

Sahabat sekalian moga nya sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.
Moga kita selalu menjaga dan menghargai nikmat kurniaan Allah SWT terutamanya nikmat iman dan Islam.
InsyaAllah, penulis punya sedikit perkongsian untuk sahabat semua, yang disayangi kerana Allah =)

Untuk pengetahuan semua, penulis suka menonton TV.
Macam-macam program dan drama yang menjadi favourite penulis.
Salah satunya, drama Tanah Kubur, siaran Astro Oasis.



Secara ringkasnya, drama ini membawa objektif untuk melahirkan kesedaran kepada umat Islam tentang azab kubur.
MasyaAllah, setiap dosa itu menunjukkan pelbagai jenis seksaan.
Sejauh mana benarnya semua seksaan itu,Wallahualam kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Pelbagai ibrah yang dapat kita jadikan teladan.
Cuma, sedikit membuatkan saya tertanya-tanya.

“Adakah semua pelakon yang menjayakan drama itu telah sedar akan realiti seksaan kubur?”
-          Kenapa soalan ini menerpa di kotak fikiran penulis kerana masih lagi banyak maksiat dan dosa yang jelas dilakukan dan diperlihatkan oleh pelakon.

Jelas jawapannya terdapat dalam sebahagian ayat Surah al- Muddaththir: 31
… Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui antara Tuhamu melainkan Dia Sendiri. Dan saqar itu tiada lain hanya peringatan manusia.

Disini jelas menerangkan kita bahawa realitinya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak memberi petunjuk.
Walau apa pun kita lakukan untuk mereka, itu sekadar usaha.
Yang menentukkannya hanya Allah SWT.
Moga kita mendoakan mereka yang masih sesat dijalan yang salah.
Dan kita yang bercita-cita menjadi seorang dai’e perlulah berusaha memantapkan kefahaman ilmu untuk penyediaan yang rapi dalam menempuh jalan dakwah yang penuh berliku.

Penulis juga ingin ambil kesempatan untuk kita sama-sama mengingati kematian.



Apa yang dilakonkan dalam drama Tanah Kubur, barulah menggambarkan azab yang terlihat didunia.
Kita yakin bahawa akhirat itu pasti.
Kehidupan akhirat yang bakal kita tempuh hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hebatnya azab dan seksaan yang disediakan.
Jadi kita perlu bersiap sedia dari sekarang.
Bukanlah penyediaan menghadapi azab seksaan itu, tapi penyediaan bertemu Allah SWT.
Semoga dengan amal soleh yang kita laksanakan dimuka bumi ini mampu meraih rahmat Allah SWT.
Dan dengan rahmatNya itu bakal mengurniakan kita sedikit ruang untuk hidup di syurga Allah SWT.

Satu lagi pesanan, ambillah ibrah dari setiap aspek kehidupan kita.
Kita percaya bahawa setiap yang terjadi ialah kehendak Yang Maha Esa, jadi pastinya disebalik semua itu ada hikmahnya samada terlihat zahir atau tersembunyi.
Oleh itu, mari kita sama-sama menyingkap setiap detik hidup kita.
Untuk mencari hikmahnya. Meskipun dalam drama dan program-program TV yang kita tonton setiap hari.
Peringatan buat diri yang sering lupa ini terutamanya=)

No comments:

Post a Comment