Sunday, January 29, 2012

Kita sama je,cuma...

Dulu saya sekolah biasa je. Nama pun sekolah biase, so biase lh environment nyer.
Tapi sekarang saya study kat UIA. Environment nyer berbeza sikit. Luar biase bg saya.
Even luar biase tp best! Islamik!

And at the same time, saya berkawan dengan teman2 yg luar biasa jugak. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ada perubahan berlaku dalam diri saya.
Saya join usrah, ta’lim, daurah, mukhayyam..semua nyer OSEM lah.hehe

Dalam kalangan teman-teman, kami saling menggelarkan diri sebagai akhowat. Dan bagi group lelaki sebagai ikhwah. Erm, apa bezanya pelajar lelaki dan perempuan biasa dengan ikhwah dan akhowat?
Selain daripada ikhwah dan akhowat tu diambil dari bahasa arab, banyak perbezaan yang ada dalam beberapa konteks.

Pemakaian
Dari segi appearance, akhowat nampak lebih ketara. Ya, kita sama je pakai tudung, pakai baju kurung cuma…akhowat ada penambahan sikit.=) Akhowat selalunya akan pakai socks, handsocks,tudungnya labuh menutupi dada, bajunya labuh mencover bahagian belakang.
Common Question : Banyaknya tutup sana sini, tak panas ke.Dah pakai baju lengan panjang pun nak pakai handsocks? Lepas tu, tak rimas ke tudung labuh, dah macam alas meja.Pakai tudung biasa pun dah tutup aurat kan…
Akhowat: Tak dapat dinafikan, kalau dah memang duduk  tengah terik matahari, tipulah tak panas. TAPI ni baru panas dunia, macam mana dengan panas di akhirat nanti? So, moga dengan pemakaian yang mengikut syarak ini mampu menyelamatkan kita dari terkena pecikan panas api neraka.  Alas meja? Tak kisah lah nak panggil alas meja ke, alas kerusi ke…Janji tudung yang labuh tu menutupi dada kita. Dimana Allah berfirman:
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [ An-Nur (24):31].
So, bukan kami saja-saja nak pakai ‘alas meja’ tu, kami mengikut arahan Allah dan Alhamdulillah bila hati dan ikhlas dan redha dengan suruhan Allah, panas ke rimas ke,kami tak kisah=)

Masa Lapang
Okay sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi, selain dari belajar korang mesti ada masa lapang untuk dihabiskan. Tapi macam mana cara dihabiskan tu?
Enjoy? Macam mana maksud enjoy tu?
Common answer: Biasa bro…tengok wayang, gi KLCC ker..lepak kat mana2… weekend lah katakan, takkan asyik dak duduk dalam bilik baca buku. Boleh muntah silap hari bulan…

Ikhwah: Memang betul kalau duduk baca buku 24 jam, bukan setakat muntah, silap hari bukan gila pun boleh jadi.TAPI itu bukan alasan untuk kita sewenangnya habiskan masa macam tu je.

Kita sama je still nak enjoy jugak cuma kami plan our weekend.
Cari perkara yang enjoy and at the same time bermanfaat.  Contohnyer…kami ni suka bersukan. So apa kata, weekend je pakat contact kawan-kawan ajak lawan bola ke, lawan bowling ke, apa-apa lah sukan yang ada kat muka bumi ni.
Enjoykan?Pahala pun dapat sebab dah penuhi salah satu daripada 10 Muwasafat Tarbiyyah iaitu kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism), ukhuwah sesama ikhwah pun semakin kuat.

Untuk akhowat pun lebih kurang jugak, turut berhati-hati dalam memilih perkara yang akan dilakukan dalam masa lapang supaya masa tidak berlalu pergi begitu sahaja. Kalau tak kita jugak yang rugi.

Full-time job 

Kalau disebut pasal full-time job, kebanyakan akan memikirkan kerjaya idaman masing-masing selepas tamat belajar nanti.
Common opinions : Kalau saya, of course lah nak jadi accountant/ lawyer/architect/lecturer etc.(ikut lah course apa yang korang ambik) So, itu lah full-time job kami, baru lah gaji masyuk…

Ikhwah & akhowat : Kita sama je, mesti lah nak capai karier idaman masing-masing, sebab itu adalah salah satu usaha untuk mencari rezeki cuma tu semua bukan full-time job kami.
Full-time job bagi kami adalah sebagai hamba dan khalifah ALLAH SWT. Itu lah full-time job yang paling masyuk ‘gajinya’. Dan paling best ‘gaji’ tu dapat kat dunia dan akhirat.

Maksudnya kat sini, kalau nanti jadi seorang accountant, kami nak jadi accountant yang beriman.
Yang jugak meneruskan dakwah, yakni perjuangan Rasulullah SAW.
Kita generasi moden nil ah sepatutnya lebih bersemangat dalam berdakwah. Berdakwah dengan cara tersendiri yang lebih cool and awesome.=)

Pergaulan

Pergaulan antara lelaki dan perempuan selalu menjadi isu famous. Yang semua orang tahu, Islam telah menggariskan panduan untuk pergaulan lelaki dan perempuan.
Yang paling famous orang tahu , lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan.

Itu je ke? Sure…?  Bukan tu je, ada lagi lah…Mungkin,sebab ramai yang tak nak ambil tahu dengan lebih mendalam, kebanyakan salah faham dan menganggap yang SALAH tu BETUL.
Macam menghalalkan yang haram.

Common situation: Sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan lepak di cafe sama-sama. Konon nyer nak belajar. Tapi kelihatan gelak ketawa bersama, bergurau, berborak perkara yang tidak penting.

BOLEH ker…

Common argument: Boleh lah…kami bukannya pegang tangan pun. Tak tersentuh langsung pun kulit ni.  Just having a fun as friends.  Gurau-gurau macam ni lah boleh kuatkan ukhuwah.

Ukhuwah? Suka hati jer salah gunakan perkatan ukhuwah tu ye…

Sama lah jugak dengan kes COUPLE.
The boyfriend and girlfriend : Kami tak buat apa-apa pun, jumpa pun kat depan ramai orang. Bukannya tempat tertutup.

Mungkin mereka ni semua lupa/tak tahu/buat-buat lupa/buat-buat tak tahu dengan firman Allah ni:

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)” (Al-Isra’ ayat 32)

Bukan setakat zina HARAM tapi menghampiri zina pun TAK BOLEH.
Siapa kita yang boleh guarantee kekuatan iman kita walau dengan hanya menghampiri zina. Iman itu sendiri sifatnya turun dan naik, so tak hairan jika seorang yang warak boleh melakukan zina andai tidak menjaga pergaulan dengan baik.

> Habis tak boleh berkawan sesama lelaki dan perempuan?
> So kalau tak couple macam mana nak kahwin?

Ikhwah dan akhowat : Bukan tak boleh berkawan, boleh je…Cuma kena mengikut panduan yang digariskan. Dalami diri dengan ilmu fiqah untuk mengetahui dan seterusnya mengamalkan cara pergaulan yang dituntut dalam Islam.
Percayalah, setiap rules Allah itu, pasti ada hikmahnya.

Kalau tak couple tak boleh kahwin? Tipu lah tu…Ramai je dalam kalangan kami yang kahwin even takcouple. Kita sama je, normal lagi, tetap ada perasaan antara lelaki dan perempuan cuma kami memilih untuk terus berkahwin .Itu lah, satu-satunya cara untuk mengikat hati antara lelaki dan perempuan dengan cara yang sah. Selain menghalalkan fitrah yang sedia ada, perkahwinan juga menjadi penguat perjuangan di jalan dakwah lebih-lebih lagi apabila hati ikhwah dan akhowat yang terikat dimana terhasilnya baitul muslim.

Tak dapat dinafikan, dalam banyak-banyak perkara, isu pergaulan adalah perkara yang susah untuk ikhwah dan akhowat laksanakan. Selain jihad yang jitu melawan nafsu, peranan yang dimainkan antara satu sama lain amatlah perlu. Disini bermaksud, peranan ikhwah dan akhowat saling berkait rapat.

Akhowat: Terima kasih wahai ikhwah. Kerana kau berusaha untuk menjaga naluri kelakianmu. Kau sedaya upaya menahan pendangan agar tidak terus menerus memandang diriku. Agar aku tidak tercundang ke kancah maksiat. Kau juga berusaha menjaga keselamatan diriku kerana aku adalah amanah Allah buatmu. Teruskan dengan usahamu untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan solat Jemaah, puasa sunat, menghadiri dan mengikuti program tarbiyyah. Aku disini akan mendoakan dirimu dan moga aku menjadi sayap kiri perjuanganmu.

Ikhwah: Terima kasih juga wahai akhowat. Andai kau tidak menjaga dirimu sebaik mungkin, yakni tidak mengikut syariat Allah SWT, pasti iman ku goyah dan terus hanyut. Kerana Rasulullah SAW ada berpesan bahawa kaummu adalah fitnah terbesar buat kaumku. Manakan tidak, hanya dengan kemerduan suaramu boleh menggugat kekuatan imanku. Tetapi Alhamdulillah, kau membantu aku untuk mempertahankan imanku dengan ketaatan mu mematuhi perintah Allah SWT. Teruskan juga usaha mu untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan solat seawal waktu, mengamalkan sunah Rasulullah semampu yang boleh,turut hadir ke program tarbiyyah. Aku juga mendoakan dirimu dan sentiasa menantikan dirimu sebagai sayap kiri perjuangan ku.

Itulah secara ringkas isi hati ikhwah dan akhowat yang sedaya upaya berusaha menjadi pemuda dan pemudi yang taat dengan perintah Allah dan Rasul.
Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi pemuda sehebat Ali dan pemudi seteguh Fatimah.
Khas buat ikhwah dan akhowat sekalian yang mencintai perjuangan menuju Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Hasil nukilan,
Srikandi_islam21 

No comments:

Post a Comment