Friday, January 13, 2012

Perbaharui azam =)

Assalamualaikum =)
Alhamdulillah ke hadrat Illahi serta tidak dilupakan selawat kepada baginda Rasulullah SAW.

Pejam celik tahun baru hadir juga.
Sekejap kan?
Itulah sifat masa.
Pantas berlalu.

Bila kita masa sifatnya cepat 'berlari', kita kena sentiasa bersiap sedia.
Membuat persiapan untuk masa hadapan, dunia juga akhirat.

Penulis suka berkongsi apa selalu berada dalam fikiran.
Seronok rasanya, berkongsi dengan semua.
Moga ada manfaat disitu.

Kali penulis nak berkongsi tentang perancangan tahun baru.
Mungkin masih ingin mengulangi azam yang lama.
Bukan belum terlaksana, tetapi tidak sempurna perlaksanaannya.

Dakwah.
Secara peribadi, penulis amat mengagumi salah seorang sepupu penulis.
Walau seorang srikandi, tetapi semangat dakwahnya sama hebat seperti mujahid muda yang lain.
Usianya yang masih muda tidak menghalang langkahnya untuk ligat berdakwah.

Penulis ingin jadi sepertinya.
Cuma mungkin penulis tidak sebertuah sepertinya.
Dia punya teman-teman sefikrah.
Ya, penulis juga ada.
Cuma tidak ramai yang ingin turun ke padang dakwah.

Mungkin itu cara mereka sendiri.
Penulis agak berbeza.
Penulis suka turun padang dan keluar mengembara ke dalam kehidupan realiti Muslim.

Tapi peluang belum datang lagi.
InsyaAllah, suatu hari nanti.
Bilamana hati kita ke arah kebaikan, pasti Allah akan permudahkan.
Seperti dalam maksud hadis qudsi:
"Jika kau datang kepadaKu sambil berjalan,
Aku datang kepadamu sambil berlari"

Hebat kan cinta Allah kepada kita.
Disebabkan kehebatan cinta Yang Maha Esa itu buat penulis terpikat.
Dan penulis ingin lakukan sesuatu buat Dia.
Lakukan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang.

Bukan itu saja, untuk cantikkan lagi amal ibadah wajib kita, amalan sunat lah caranya.
Seronok bila kita tahu, bahawa Allah akan lebih menyayangi hambaNya yang rajin beribadah sunat.
Tak rugi kan?
Malah berpeluang ke arah cintaNya Yang Maha Agung.


2 comments:

  1. tmahhhhh teruskan berkarya. kebolehan awak dalam bidang penulisan tak boleh dinafikannn . sarangheo <3

    ReplyDelete
  2. thx nani=)
    alhamdulillah,bakat kurniaan Allah.
    Moga kita semua dapat manfaatkan sebaik mungkin bakat kurniaan Allah ini untuk perjuangkan agama Islam.=)

    ReplyDelete