Thursday, July 7, 2011

Lihat dengan hati.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih.

Assalamualaikum wbt sahabat kalian.
Alhamdulillah, tidak henti-henti nikmat Allah di dunia ini.
Tak dapat digambarkan nikmat di syurga nanti.
InsyaAllah moga kita sentiasa di dalam rahmat Allah dan berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur sentiasa.

Kali ini, penulis suka untuk membincangkan soal hiburan.
Sekadar perkongsian bersama.

Tak dapat dinafikan semua orang sukakan hiburan, tapi dalam Islam ada garis panduannya untuk kita berhibur.
Tak salah asalkan menepati syara’.
Mungkin penulis hanya ingin memberi contoh yang mudah.
Ada banyakjenis hiburan, tapi penulis ingin memfokuskan hiburan dalam bentuk program TV.
Sebab secara peribadinya, penulis suka menghabiskan masa menonton TV.
Ya, mungkin tidak berapa elok untuk kita menghabiskan masa menonton TV tambahan pula program dan rancangan yang disiarkan kebanyakannya tidak memberi manfaat.

Tapi apa yang penulis lihat, masih lagi ada program-program yang memberi manfaat.
Filem-filem berunsurkan Islamik yang turut ada objektif yang cuba disampaikan.
Cuma terserah kepada kita untuk memilih program dan rancangan yang baik untuk ditonton.
Bukan sekadar tonton tetapi mengambil ibrah atau pengajaran daripadanya.
Itulah yang dinamakan lihat dengan hati.

Contoh filem Islamik yang penulis cadangkan untuk kalian tonton ialah ‘DalamMihrabCinta’ arahan Habiburrahman.


Filem in isudah berada di pawagam pada tahun 2010 tapi penulis baru berkesempatan menontonnya pada beberapa hari yang lalu.
Sebuah filem Indonesia ini berkisahkan seorang pemuda bernama Syamsul Hadi yang berhasrat untuk menuntut ilmu di sebuah madrasah kecil.
Hanya kerana sifat dengki dan cemburu, salah seorang sahabatnya telah menfitnahnya mencuri.
Melalui filem ini, ia ingin memperlihatkan betap fitnah itu boleh menghancurkan hidup seseorang.

Nampak kan rasionalnya mengapa Islam mengingatkan bahawa dosa fitnah itu lebih berat daripada membunuh.
Hanya dengan fitnah, kehidupan Syamsul Hadi menjadi teruk.
Dia dibuang keluarga kerana sangat malu dengan perbuatannya.
Sayu hati penulis kerana, dia akhirnya benar-benar menjadi seorang pencuri kerana terdesak dengan kepayahan hidup.
Namun  Allah masih sayangkannya, Allah ingin membawa seorang lelaki yang sebenarnya baik ini kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Terdapat satu peristiwa yang membawanya kembali ke jalan Allah.
Betapa insan ini ingin menjadi orang baik tetapi diuji Allah.
Dari situ, dapat memberi refleksi pada hakikat hidup sebenar.

Mengapa Allah menguji biarpun kepada hambaNya yang baik?
Bukankah semakin baik seseorang itu, semakin berat ujianNya.
Kerana  Allah Maha Mengetahui tahap keimanan seseorang itu yang akan menentukan kebolehannya dalam menghadapi tiap ujian dan dugaanNya.



Banyak lagi filem-filem berunsurkan Islamik yang  terdapat dalam dunia hiburan kini.
Hanya kita yang harus bijak memilih.
Buat peringatan bersama, kepada diri penulis sendiri dan sahabat kalian,
Elakkan daripada menonton filem atau rancangan yang tak terlihat objektifnya.
Contoh rancangan yang hanya berunsur ‘suka-suka’.
Atau pun filem yang berunsur fantasi cinta seperti filem atau drama Korean.

Carilah jenis hiburan yang secara tak langsung membawa kita lebih dekat kepada  Allah.
Indahnya Islam itu, ia tidak melarang fitrah manusia untuk berhibur,
Namun dalam berhibur ia menekankan agar kita tidak pernah lupakan Allah.
Bayangkan walaupun dalam kedaan berhibur, kita tetap mengingati  Allah.

Satu lagi yang ingin saya cadangkan kepada kalian,
sesiapa yang ada ASTRO di rumah,
dan dapat siaran TV Al-Hijrah, rajin-rajinkanlah menonton al-Madrasah.


Satu program yang bercorak majlis ilmu,yang amat bermanfaat buat kita semua.
Tambahan lagi, pada waktu musim cuti dan banyak menghabiskan di rumah, jadi eloklah kita menambah lebih banyak ilmu dengan hanya menonton TV.

1 comment: