Friday, July 1, 2011

Buat Ibu...

Dirimu amat kukagumi,
Dari kecilku hingga kini,
Kerna jasamu menggunung tinggi,
Mengandung,melahirkan,membesarkanku, serta pelbagai lagi,
Sungguh benar kau insan istimewa kurniaan Illahi.

Alhamdulillah kini ku meniti dewasa,
Membesar hasil kasih dan sayangmu,
Tibalah saat ku membalas jasa,
Walau sebenarnya tak termampu ku balas jasa mu itu.

Dalam ku menjalani hidup ini,
Kupohon ampun atas segala dosaku,
Andai ada tikanya hatimu terguris,
Andai ada saatnya dirimu terluka,
Andai ada masanya air matamu membasahi pipi,
Maafkan ku wahai ibu,
Tidak terniat dihati ini untuk menguris,melukai apatah lagi membuat mu menangis.

Sungguh tak sanggup aku kehilanganmu,
Hingga ku pinta biarlah aku pergi dahulu,
Dengan itu amatlah kupohon restu doamu,
Agar mengiringi tiap langkah juangku,
Moga diri ini terkorban di jalan Allah,InsyaAllah di syurga abadi kita bertemu.

Terima kasih,terima kasih dan terima kasih wahai ibu,
Hanya itu mampu ku ucapkan,
Buatmu insan yang amat kusayangi,ibu...

2 comments:

  1. Kasih ibu sampai ke syurga...
    ^^

    ReplyDelete
  2. Sungguh berbakti kepada kedua orang tua merupakan satu kewajipan.Selamat menjadi anak soleh wa solehah=)

    ReplyDelete