Friday, July 1, 2011

Hargai iman.



Assalamualaikumwbt.

Alhamdulillah kehadrat Illahi atas setiap limpahan kurniaNya.
Mohon maaf kepada sahabat kalian kerana penulis mengambil tempoh masa yang lama untuk menulis ‘post’ yang seterusnya.
Mungkin kerana penulis menghadapi saat-saat yang sukar sejak akhir-akhir ini.
Kita sedia maklum, iman itu sifatnya naik dan turun.
Tak dapat dinafikan, penulis mengharungi detik dimana iman menurun.
Hanya Allah yang tahu, betapa penulis ‘menderita’ di saat-saat iman semakin lemah.

Syukur yang amat tinggi kepada Yang Maha Penyayang, 
dengan kasih dan sayangnya Dia membawa penulis kembali kejalan yang benar.
Tak dapat digambarkan perasaan rindu penulis kepada Illahi.
Biarpun kita tahu Allah sentiasa disisi, tapi bila tibanya saat iman menurun kita seolah-olah sangat jauh daripadaNya.

Begitulah bahayanya saat iman menurun,wahai sahabatku.
Jadi jangan biarkan ia terus menurun apabila kalian sedar.
Cepat-cepatlah bertindak menyelamatkan iman kalian.
Hargailah nikmat Allah itu sebelum ia jauh meninggalkan kita.
Dapatkah kita bayangkan bagaimana hidup tanpa kemanisaniman?

Penulis ingin berkongsi serba sedikit soal iman.

Tanda-tanda iman mula menurun.

  • Mula rasa malas untuk beribadah
  • Sukakan hiburan berlebihan
  • Suka buang masa dengan perkara sia-sia
  • Tidak rasa sensitif dengan hal-hal agama.
  • Tidak bersemangat untuk melakukan amal kebajikan.

Tindakan yang boleh dilakukan.
  •          Menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.
  •          Membanyakkan bahan bacaan Islami.
  •          Memilih hiburan yang menyedarkan, seperti membaca/mendengar bacaan Al-Quran dan nasyid.
  •         Mendalami tafsir Al-Quran.
  •            Muhasabah diri danmengingati mati.

Sebenarnya banyak lagi perkara penting berkaitan iman yang perlu kita ketahui, tapi mungkin ini saja yang dapat penulis kongsikan.
Maaf andai tak cukup apa yang penulis kongsikan.
Sahabat kalian bolehlah mencari sumber bacaan lain untuk lebih mengetahui tentang iman ini.
Apa yang mampu penulissampaikan mungkin sekadar buat peringatan kepada kita semua agar mengambil berat soa lini.
Jangan memandangr emeh soal iman.

 “YaAllah,selamatkan kami hambaMu,
Jangan biarkan iman kami terus menurun.
Hingga buat kami jauh dariMu,
Tak dapat digambarkan hidup kami didunia ini tanpa nikmat imanMu itu.
Hadirkan setiap masa kemanisan iman buat kami.
Agar kami dapat meneruskan kehidupan ini dalam keadaan keimanan dan ketaqwaan yang teguh hanya padaMu.
Amin yaRabalallamin.

No comments:

Post a Comment