Saturday, July 2, 2011

Mana yang utama?



Assalamualaikum wbt sahabat kalian.=)

Harapnya kita sama-sama mengucapkan syukur tiap saat kepada Illahi.
Moga dengan syukur yang diucapkan itu, membawa ingatan kita sentiasa kepada Allah SWT.
Juga banyakkan lah selawat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

InsyaAllah, kali ini penulis suka untuk berkongsi apa yang penulis dapat dari program Tanyalah Ustaz yang baru penulis tonton baru-baru ini.
Maaf kerana penulis lupa nama ustaz yang mengendalikan program itu.
Tajuk pada episod itu membincangkan tentang keutamaan.
Mungkin banyak yang dibincangkan tapi penulis hanya dapat berkongsikan sebahagian daripadanya memandangkan penulis tidak berkesempatan untuk memperolehi semua isi-isi perbincangan.

Penulis tertarik kepada satu soalan yang diutarakan oleh salah seorang penonton di studio iaitu berkenaan keutamaan antara berkahwin awal sambil belajar atau menghabiskan belajar terlebih dahulu.
Sebagai seorang pelajar, pastinya penulis juga terlintas soal itu.
Yang mana keutamaan yang harus kita beri?
Berdasarkan jawapan ustaz, kita haruslah menimbang sebaik-baiknya kebaikan juga keburukan daripada tindakan yang bakal kita buat.

Ya, benar.Berkahwin awal merupakan salah satu sunah Rasulullah dimana ia akan mengelakkan kemaksiatan berlaku.
Tapi harus diteliti dahulu kondisi ataupun keadaan sekeliling sebelum membuat keputusan.
Tak dapat dinafikan, konteks kahwin boleh jatuh hukum wajib apabila keadaan tertentu berlaku contohnya dikhuatiri kemaksiatan akan berlaku sekiranya keputusan kahwin tidak diambil.
Oleh itu, para siswa siswi termasuk penulis sendiri ayuh teliti sedalam-dalamnya kondisi kita sekarang.
Adakah kita belajar di dalam negara atau di luar negara?
Adakah kita sangat berjauhan dengan keluarga?
Bagaimana kondisi kawan-kawan di sekeliling kita?

Sebagai contoh, penulis sendiri.
Penulis hanya belajar di dalam negara tambahan pula berdekatan dengan keluarga.
Dan Alhamdulillah, penulis dikelilingi kawan-kawan yang baik.
Dan InsyaAllah boleh juga dikatakan penulis berada dalam biah yang baik dan solehah.
Mengikut apa yang ustaz cadangkan, jika melalui kondisi seperti penulis tadi, sebaiknya haruslah memberi keutamaan kepada ‘study’ terlebih dahulu.
Tambahan lagi pada usia seawal 19,20 atau 21 tahun.

Penulis amat bersetuju dengan cadangan ustaz itu.
Banyak ‘relevant points’ yang penulis dapat lihat.
Sebelum melalui bahtera rumah tangga yang bakal membawa kita kepada satu tanggungjawab yang besar, kita seharusnya perlu lebih menyiapkan diri dengan limpahan ilmu yang cukup.
Mungkin kita tidak dapat kesan, sejauh mana cukupnya ilmu kita?
Bukankah kita tahu bahawa penguasaan ilmu itu begitu jauh lagi untuk kita capai.
Tapi apa yang cuba penulis sampaikan adalah biarlah sekurang-kurangnya  kita mengutamakan kepentingan ilmu terlebih dahulu.

Berbalik semula kepada kondisi, lihat bagaimana kondisi ummah sekarang?
Memandangkan kondisi ummah pada akhir zaman ini amat buruk, penguasaan ilmu itu menjadi jauh lebih penting.
Mudahan dengan ilmu yang terbuku di dada walau sedikit dapat membantu ummah yang kian haus mengharapkan bantuan.
InsyaAllah bantuan yang diharapkan itu akan hadir dengan kita melaksanakan peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Jadi, kini kita dapat lihat yang mana lebih utama bukan?
Moga dengan mendahulukan jalan menuntut ilmu Allah akan permudahkan jalan kita untuk mendirikan bahtera rumah tangga yang bakal menjadi syurga dunia dan membawa kita semua kepada redha dan restu Allah.
Percayalah bila tiba saatnya, jodoh yang telah dijanjikan Allah itu akan muncul jua.
Saat ini, biarlah kita menumpukan perhatian pada usaha menuntut ilmu.
Selamat menuntut ilmu.=)

No comments:

Post a Comment