Monday, July 18, 2011

Ku doakan dia.


Assalamualaikumwbt sahabat sekalian.
Moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmatNya.
Post kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit pengalaman hidup ini.
Tak dapat dinafikan, dalam hidup ini bukan semua yang kita ingini akan kita perolehi.
Segalanya di atas izin dan ketentuan Illahi.

Tiada siapa di dunia ini meminta untuk disakiti.
Dikecewa.
Dan sebagainya.

Ada sesetengah yang menerima tamparan yang hebat daripada seorang insane yang  disayangi sendiri.
Ibu ayah.
Atau adik,abang dan kakak kita sendiri.
Atau kawan rapat kita.
Atau sesiapa yang kita sayangi.

Hati yang terluka memang perit.
Lebih perit daripada luka yang zahir kelihatan.

Dan penulis sudah berpengalaman melalui semua itu.
Disakiti oleh orang yang disayangi.

Tidak dapat dinafikankebencian kepadanya susah untuk padam.
Kenapa kita yang tidak bersalah ini menjadi mangsa?
Kenapa?
Tidak berguna untuk menyoal.
Semua telah berlaku.

Namun sampai bila perasaan benci itu harus disimpan?
Allah itu sendiri Maha Pengampun.
Sedangkan Rasul juga memaafkan umatnya.

Jadi apa hak kita untuk tidak memaafkan kesalahan sesame manusia.
Terfikir sejenak soal itu.
Ya ada benarnya.

Penulis sendiri tidak sanggup menanggung perasaan itu lagi.
Semakin disimpan semakin dimarakkan api kebencian oleh syaitan.
Takkan kita nak biarkan syaitan terus mempermainkan kita.

Oleh itu,awas dengan perasaan benci.
Jangan disimpan lama-lama.
Kini,Alhamdulillah sedikit demi sedikit kemaafan mula berbunga di hati.
Walau berbekas, insyaAllah parut itu bakal disembuh oleh Allah.

Bukan sahaja kemaafan yang penulis hadiahkan buat dia, malah juga setangkai doa.
Doa agar Allah menemukan dia dengan hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar.
Entah kenapa, hati ini menangis apabila mengetahui yang dia hanyut dengan ‘kemanisan’ maksiat.
Penulis berdoa kepada Allah agar memberinya peluang untuk kembali ke jalan Allah sebelum terlambat.
Moga Allah mengabulkan doa ini.

4 comments:

  1. Hidup ini adalah utk bersyukur.

    Bersyukur pada org yg menyakitimu
    krn dialah org yg menabahkan hatimu,

    Bersyukur pada org yg x mengendahkanmu
    krn dialah yg memupukmu berdikari,

    Bersyukur pada org yg menjatuhkanmu
    krn dia yg memperhebatkan abilitimu,

    Dan pada yg menyiksamu
    krn dia yg menguji kesabaranmu.

    Bersyukur dgn segala ujianNya
    krn itulah sumber kekuatanmu.

    Tidak lupa juga maafkan salah silapku...
    Aku rasa aku ada buat salah kat ko... Maaf

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Semoga kita sama-sama dibawah lindungan dan jagaan Allah. Salam ziarah fatimah ^__^

    following,
    sarahnabilahroosfa ;)

    ReplyDelete
  3. Bella:thanx dear~ btw stiap manusia xdpt lari drpd kesilapan,insyaAllah sme2 lh kte memaafkan antara stu sma lain.maafkan aku jgk ye:)
    sarah:thx sudi jd follower.insyaAllah moga ukhuwah kte ttp utuh dan berada dibwh lindungan dan jagaan Yang Maha Esa:)

    ReplyDelete
  4. Bella, betul.. patut berterima kasih dgn org yg menyakiti, kerana dia mendekatkan diri kita dgn Dia. :). Kalau kita tak sakit hati dgn dia, kita asyik lalai je drpd mengingati Allah.

    ReplyDelete