Tuesday, July 26, 2011

Perlunya kasih dalam dakwah.

\

Assalamualaikum wbt.

Didoakan agar kita sentiasa dihadiahkan nikmat Islam dan Iman oleh Yang Maha Pemurah.
Alhamdulillah tiap hari,Allah mengurniakan kita peluang.
Peluang secerah cahaya matahari yang hadir tiap hari.
Begitulah kasihNya kepada kita walau kita hanya berstatus hamba.

Baru-baru ini, penulis telah pergi ke UIA,Gombak atas urusan kerja sedikit.
Terubat rindu,selepas beberapa minggu bercuti.
Seperti kebiasaan, untuk kesana penulis lebih selesa menaiki public transport seperti LRT dan bas Rapid.
Selain daripada keadaan yang agak selamat kerana dikelilingi orang ramai, penulis suka melihat pelbagai kerenah orang sekeliling.
Banyak orang,banyak ragamnya.

Kebetulan, penulis dan seorang sahabat penulis memilih hari Jumaat untuk pergi ke UIA.
Dan setelah selesai kerja, kami pulang pada waktu solat Jumaat.
Dan dari situ, secara tidak langsung kita dapat lihat ada segelintir muslimin yang tidak menunaikan kewajipannya.
Mungkin ada kondisi yang kita tidak ketahui.
Tapi penulis terfikir andai yang penulis lihat ini adalah mereka yang memang meninggalkannya dengan sengaja,bagaimana dengan solat harian mereka?
Sehingga penulis bersangka yang bukan-bukan.
Hadir juga sekelumit rasa kurang selesa dengan mereka.

Tiba-tiba muncul bisikan hati yang  mengatakan kepada penulis bahawa tidak sepatutnya penulis memandang mereka itu dengan satu pandangan yang jelek.
Seharusnya orang yang punya kesedaran, mengambil tanggungjawab untuk mengingatkan kepada mereka yang lupa.
Tidak semua beruntung dihadiahkan kesedaran oleh Allah.
Alhamdulillah,kita yang dikurniakan nikmat itu perlulah menjalankan peranan dengan baik.

Peranan itulah dinama dakwah.
Menyampaikan atau mengingatkan kepada mereka yang tidak tahu dan yang lupa.
Kita sepatutnya melihat kumpulan itu dengan pandangan kasih dan kasihan.
Dekati mereka itu dengan hikmah.
Dengan itu, dakwah menjadi lebih mudah dan dapat disampaikan dengan baik.
Adakah wajar kita menegur seseorang dengan kasar?
Persoalan yang logik, adakah orang yang ditegur itu hendak mendengar teguran kasar itu?
Pastinya tidak,bukan?
Jadi kita boleh fikir-fikirkan soal itu.

Dakwah yang penulis ingin tekankan, bukanlah hanya kepada orang awam tapi yang terpenting adalah ahli keluarga sendiri.
Sebagai contoh, seorang kakak kepada adik-adik.
Bagaimana kita sebagai kakak inginmenegur adik-adik yang liat/susah untuk solat?
Pastinya ditegur dengan lemah-lembut supaya si adik ini ingin mendengar kata kita.

Sememangnya apa yang diajar olehRasulullah SAW itu semua ada benarnya.
Rasulullah SAW sendiri menyampaikan dakwah dengan lemahlembut dan berhikmah.

5 comments:

  1. salam,kalau kita ikut ape yg Rasullulah berdasarkan al-quran dan ahdis selamatlah kita..kdg2 kita letak diri lebih rendah drpd mereka supaya x wujud sifa ujub...mgkn utk menegur secara lisan susah utk dilakukan,berdoalah spy buka pintu hidayah..hidayah bkn dtg sekaligus tp beransur2.

    ReplyDelete
  2. wslm.btol tu.sememangnya andai jalan dakwah yg kita pilih pastinya tiada yg dapat lari dari kepayahan dan kesusahan.
    sedangkan cubaan yg dihadapi Rasulullah yakni kekasih Allah jauh lebih hebat.
    Apa jua cara dakwah yg dipilih moga diiringi dengan keikhlasan dan mendapat pertolongan Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  3. wslm,salam ukhuwah=)
    moga mendapat sesuatu drpd blog ini=)

    ReplyDelete